Saturday, 27 December 2014

choose the life you want

assalamualaikum.
hmm. choose the life you want. i love it. do you know that you have a beautiful journey? yeah, believing yourself that you can standing in the eyes of the world. " ohh Faizah, you are always dreams so high". hahaha ok i know. i love about my dreams. i love to talk that i want to become like this.. like this. it is due to motivation. i think that if we have our own mission, we are alive.
choose the life you want. you want to smile or you want to cry ? the decision is on your hands. if you think that there are many problems will come out in 2015, yeah... you are in danger . people nowadays always talk about GST in 2015. they will become stress. i don't want to give any comment about GST, i just want you to smile. we have to study in order to become a part of goverment. then, we can charge about something that we do not satisfied at all. seriously, i do not know about people who love to talk without use their brain. we have to think first accually. Hmm, close your eyes and take a breath. smile. enjoying every minutes in your life with smile.
welcome 2015.

Saturday, 13 December 2014

permata

anak adalah permata. kain suci. segala bagai laa kan. my sis tetiba balik rumah dan cakap " adik tadi aku jumpa perempuan tu pakai seluar pendek je" .. aku terdiam dalam hati biasalah tu. my sis sambung lagi " adik atas peha " dalam hatiku lek2 suda. " adik, dia tengah dating dengan pakwe dia"
hahahaa kakak aku ni laa. pakwe dia pakai seluar panjang boleh la pulak .. haha .. dia cerita laa lagi yadayada..
ok sekarang nak salahkan siapa ? mak abah ? sekolah ? guru? sistem pendidikan ? atau anak itu sendiri.ok tak perlu salahkan sesiapa. hmm... think and think. cabaran masa kini. cara didikan anak. anak jika diberi didikan agama dari kecil. benarlah kata orang, dalam diri kita ada seketul daging, daging tu kalau baik maka baik seluruh tubuh badannya dan juga sebaliknya. daging tu adalah hati. hati memang susah nak jaga. terkadang kita sanggup lukakan hati kita demi kebahagiaan orang lain. terkadang kita kena paksa diri kita untuk tarbiah hati kita. kita kena sedar bahawa kita hidup di atas muka bumi ini tak lama. akhirnya, allah pasti menjemput kita. 
zaman sekarang couple is normal. dating is usual. bila dah ada anak, tak tahu nak didik macam mana. wake up malaysian. wake up. sedarlah bahawa anak tu permata. anak itu manusia bukan robot. jangan sibuk fikirkan jodohmu andai urusan dengan allah tak di jaga. jangan sibuk mencari cinta andai cinta yang ada tak terjaga. cinta yang ada ? cintakah kita kepada allah ? sayangkah kita kepada rasul kita ?  ada perasaan tu normal laa. solutionnya berdoa. allah dengar doa kita. never stop praying because Allah is here. besides you. 
muda-muda lagi masih banyak masa untuk berfikir dan mencari ilmu. ilmu di masa depan. 


Friday, 12 December 2014

think

assalamualaikum.
aku terfikir ayat kawan ku " ikhlaskah kau berkawan dengan dia?" dan ikhlaskah dia berkawan dengan kau?" walaupun simple .. tapi deep. ikhlaskah kawan-kawan di sekeliling dia berkawan dengan dia?" double deep. lama aku fikir. sejujurnya ikhlas itu sukar untuk diketahui. sebab kita tak tahu apa yang ada dalam isi hati seseorang terhadap diri kita. ada yang kawan dengan kita mungkin sebab nak ambil kesempatan sahaja. nak duit kita, populariti mungkin juga. susah sebenarnya nak cari kawan zaman sekarang.
jadi, berhati-hatilah dalam memilih kawan. kawan tak salah tapi kita kena kaji dulu . dan tak semua kawan kita sebulu dengan kita. jadi cuba tanya hati kita, ikhlaskah kita dalam berkawan dengan dia?.

Thursday, 16 October 2014

Grab

assalamualaikum. apa sebenarnya yang kita hendak di sini?dan apa sebenarnya yang kita dapat. yes, saat semua sudah mula melangkahkan kaki keluar dari u, aku masih di sini. aku just nak share apa beza universiti dan sekolah. kalau sekolah lebih kepada peraturan. tapi di sini aku belajar banyak erti tentang kehidupan. aku belajar erti persahabatan. erti buat kerja. sekolah semuanya cikgu uruskan itu in. papehal ko boleh rujuk cikgu. tapi di universiti, tak ada ok. semua ko kena buat sendiri. ko handle program, ko la yang buat semua. 
sahabat, dalam dunia sekarang aku belajar erti sahabat. maksud aku bukannya kawan yang datang bila perlu. bukannya kawan yang nak terhegeh-hegeh dekat ko kerana duit. tapi kawan yang sentiasa ada di sisi kau. selalu jadi teman kau. bila kau menangis, dia ada di sisi untuk tolong dengar masalah kau. walau terkadang kau masih baru kenal dia. kau tak tahu nak pujuk dia macam mana. tapi bagi aku tolong dengar pun dah cukup baik. terkadang kita jugak tak sedar yang kata-kata kita telah menyakitkan hati banyak pihak. ini pun salah satu faktor kawan tak sekufu dengan kita. Dan ada jugak kawan yang bila susah cari kita, bila senang say bye2 .. ohh sakit ohh .dan ada jugak kawan yang bila kita bertiga, dia lupa kawan dia sorang ni. asyik borak berdua je. ko akan rasa macam tunggul kayu kat situ. tak semestinya kau sefikrah dengan dia, dia bakal jadi kawan baik kau. tak semestinya dulu kau satu sekolah dengan dia, bila tiba kat u dia akan kawan dengan kau. mungkin orang lain yang dari sekolah lain lagi mudah tok faham hati kita dari kawan sekolah lama. jangan anggap universiti ni seindah syurga yang ko dok berangan waktu dekat sekolah dulu. masuk u nanti baru rasa erti hidup sebenar. 
kerja. yes, bila kau join society, kau bakal untuk kerja. sedia berkhidmat untuk melaksanakan program. waktu tu, kau bakal kerja dengan ramai orang. kau akan dengar orang cakap si A ni baik, senang kerja dengan dia, selalu tolong orang. dan yadayadayada. banyak lagi la orang puji dia. hurm, dari sini aku belajar somethings. don't judge a book by it's cover. kita kena kerja dulu dengan dia. then, baru nilai dia macam mana. sebab mulut orang memang manis, semanis madu. bila kau dah kerja dengan dia, kau baru tahu langit tu tinggi ke rendah. kau baru tahu taring dia macam mana. kau baru tahu dia ni talented ke tak tok jadi seorang leader. waktu tu ko baru tahu dia ni layak tak nak masuk calon bakal suami korang. kalau dah tinggalkan kau terkontang-kanting dekat tengah padang pasir, buat kerja sorang2. tu ke nak jadi calon suami?. hurm, you have to think first ok. tapi tak semua orang perfect kan. then, kita akan berhadapan dengan ramai orang. ada orang yang memilih untuk dia layan. terkadang kita bakal rasa kena layan macam sampah. useless. hurm, dunia tak selamanya indah. dan hidup hanya sekali. kalau dah pernah rasa dapat layanan macam sampah tu namanya apa? pengalaman. experience is priceless right?. sekurang2nya pernah merasa. 
sejujurnya, beruntunglah bila dapat orang yang kerja dengan kita tu baik layanannya. sejujurnya masih dapat rasa dilayan in terms of humanity. tak ada lah sakit jiwa then, rasa happy n boleh gelak2 lagi. pada saat tu aku bersyukur sangat kerana allah makbulkan doa ku. makbulkan doa ku dipertemukan dengan insan yang boleh kerja dengan aku dan boleh terima aku seadanya. siapa kata dengan semua orang kita mampu untuk kerja dengan dia. terkadang kita diuji dengan allah. ujian dari segi kesabaran. kesabaran itu penting. dan aku suka ayat sorang mamat ni " faizah, dia baik sebenarnya". terkadang ayat ni menjadi penguat hidup aku untuk terus melangkah dalam society.
kehidupan. jangan pernah fikir bahawa hidup ini penuh dengan dunia islam. islam itu ada. dan kita yang perlu cari dia. bukannya islam yang cari kita. kau masuk la tempat yang islamik mana un. bila kau dah masuk, judge la sendiri. nasihat aku jangan bagi high expectation sangat dekat tempat tu sebab semuanya manusia, dan kita bukan malaikat. kita kena pandai jaga diri kita sendiri agar tak hanyut. kalau kata kita tak berilmu cukup la sekadar kita fikir sebelum kita melakukannya. 
my last words, kawan memang berjuta, tapi nak cari seorang sahabat itu sangat sukar.
next, jangan sesekali anggap bila kita sayang seseorang, dia akan sayang kita balik. sebab terkadang dunia ni kaca bukan permata. beruntunglah kerana Allah bagi kau rasa sakit dan happy di sini. agar kau lebih mengerti erti kehidupan. 

Monday, 22 September 2014

bersedia

assalamualaikum.
aku pilih tajuk dekat atas tu sebab hurm... yeah kita kena bersedia dalam apa jua keadaan.
bersedia untuk ditinggalkan. hati kita, hati semua orang .. Allah yang pegang. terkadang kita sayang sangat dekat roomates kita. tetiba allah duga kita yang roomates kita buat hal. terkadang kita sayang sangat dekat kekasih kita. tetiba allah duga kita ada perempuan lain yang merosakkan hubungan kita. kita sayang sangat suami kita, dan kemudian allah duga kita, muncul kekasih lama suami kita dalam episod lembaran rumah tangga kita. kita tak tahu. bersedia untuk ditinggalkan. terkadang kita terlepas pandang tentang semua ini. bagi yang berumah tangga, can you imagine, satu masa nanti suami tinggalkan kita as title janda anak 4. then, kita tak kerja. tak ada income nak sara hidup kita sendiri. kita kena fikir masa depan, apa yang perlu kita lakukan bila berada dalam situasi tersebut. bukan pada saat kita dah terjatuh tersungkur baru nak fikir. waktu tu air mata bukan wang ringgit wei... tak payah nak nangis la ... bukan ada keluarkan hasil pun. ya, mungkin ramai akan cakap tak akan terjadila sebab saya setia dekat suami saya, samalah dgn suami saya pun, ingatlah bahawa hati bukan kita yang pegang. dugaan datang tanpa diduga. 
kalau roomates nak berpisah tu,,,, hurm, hargailah saat kita bersama sebab nanti dah tak boleh gaduh da.. tak ada orang nk bising-bising daa... aku benci pertemuan kerana di situ bermula episod perpisahaan. 

Thursday, 18 September 2014

kelas econs

assalamualaikum.
entah kenapa tetiba tidur ku di kacau oleh satu panggilan yang boleh la penting jugak. sebenarnya aku tak suka orang kacau tidur aku .cakap dengan aku , manusia mana yang suka tidurnya kena kacau? huhu mesti tak de kan. nasib la kalau kena marah dengan aku waktu tu jangan la kecik hati sebab saya sedang mamai. dan dah lebih satu jam aku paksa diri aku untuk tidur ,, tu antara sebab aku tak suka orang ganggu aku tidur.tak boleh tidur daa. so, aku tulisla blog ni. sebenarnya aku macam terfikirla sejenak laa dalam kelas econs. kelas aku dekat u ni unik sikit sebab untuk dapatkn satu markah kena bagi tazkirah . so, saya nak share apa yang ada dalam tazkirah kelas econs tersebut.
dalam dewan semua kena diberi satu balloon dan semua kena tulis nama masing pakai marker. selepas tu, dapat arahan untuk lepaskan balloon tersebut maka berterbangan la ballon tersebut di dalam dewan . ada banyak sangat balloon. next, mereka diberi masa 10 minit sahaja untuk dapatkan balloon mereka tadi. masing-masing berusaha untuuk dapatkan balloon mereka malangnya tidak berjaya. oleh kerana mereka tak boleh membuat arahan tersebut, mereka dikehendaki untuk ambil satu balloon sahaja dan tak kisah nak siapa pun. mereka rasa senang dengan arahan tersebut mudah untuk mereka. lastly, mereka dikehendaki memberi balloon tersebut kepada nama orang yang terdapat diatas balloon tersebut. semua orang happy sangat sebab dapat balloon mereka balik. the end.
apa yang kita dapat dari cerita yang tak macam cerita di atas ni?
happy.
semua orang happy dan nak happy. tak ada siapa nak sedih. kita boleh sukat tak kebahagiaan kita?
mestilah tak kan. so, terkadang kita stress dengan tugas yang diberikan. tugasnya sama. mereka kerja sama dengan kita. mcm kat atas ni tugasnya carik balloon je kot. tapi rasa tertekan dengan limit masa yang diberikan dan rasa tugas tu berat sangat. apa rasa bila kita dapat selesaikan tugas tersebut? happy kan tapi sebenarnya kita lagi happy bila kita dapat tolong kawan kita, happy tak bila kita tengok kawan kita dah tak larat dah nak buat kerja tu sorang2 dan tetiba kita dengan hati terbuka tolong dia. yes, kita akan rasa happy sangat. tak percaya? cubalah. terkadang dengan buat benda tu kita sendiri dapat ketenangan.tapi dengan syarat ikhlas. bukan sebab populariti. atau nak bangga diri. menunjuk nunjuk. memang tak dapat pape lah kan.
selain tu, kita boleh bagi hadiah dekat kawan kita sebagai tanda terima kasih. yela, can you imagine, ko tolong orang kan niat ko ikhlas tolong dia, tetibakan balik bilik atas ada satu bungkusan warna purple , dalam tu ada hadiah. ataupun dapat bunga ros warna putih ke(haha ok stop dreaming faizah) ada kad tulis kepada norfaizah binti aman ..... waaaa tak ke rasa macam bestnya dapat hadiah. tipu la kalau tak suka dapat hadiah. hadiah tak perlu un mahal2 dari luar negara. as long as ko ikhlas nak bagi itu lagi ptg. aku pernah dapat kertas warne je pun, roomates aku tulis sebagai tanda terima kasih jadi sahabat dia. it is so nice ok. huhu boleh simpan dalam diary. sometimes, simple thing is nice.
wassalam.

Thursday, 11 September 2014

happy

perjalanan masih jauh beribu batu. ada yang terbang, berjalan, merangkak. terkadang kita terperangkap sendiri dek tipu daya dunia yang terlalu mengasyikkan. masing-masing punya arah tuju hidup masing2. ingin mengejar sesuatu yang mereka impikan. terkadang rasa tak mampu tp there is hope, there is life. sejujurnya semua orang busy sekarang ni. busy dengan kehidupan sebagai student dalam university. sampai terkadang aku tak mampu untuk berkata apa-apa. sampai terkadang aku hanya mampu memandang dan terkadang memberi senyuman juga sudah cukup membuat orang lain berasa tenang. ada yang mengadu dekat aku tak boleh study sorang2. mengadu masalah itu ini. mengadu susah kerja dengan lelaki.. payah nak gerak , kalau kerja dengan perempuan semua kerja cepat jee settle. masalah dengan head. masalah dengan president. dan aku suka untuk mendengar kerana apa? kerana aku tak mampu untuk tolong masalah korang. yela, setakat bagi nasihat yang entah pape tu boleh la.. kalau nk lebih2 tu tak la kot. cuma bagi aku, luahkan segalanya wahai manusia,kita boleh luahkan dekat Allah. boleh luahkan dekat kawan sebab itu terapi. terapi minda.
ada orang yang rasa puas bila dia dah cerita dengan orang. mungkin tak dapat 100%tapidapat kurangkan pun jadilah sebab manusia kalau stress sorang2 kat u ni kat dalam bilik lama-lama kau boleh gila, lost dan tak ada semangat da untuk teruskan hidup. 
dan aku? hurm sejujurnya aku akan lari .. aku ada sebab kenapa aku lari. aku lari dari masalah itu seketika. aku mengelak. aku tak nak orang terlibat tu kena marah dengan aku. aku tak nak aku nangis depan orang tu sebab lepas aku marah aku akan nangis, aku rasa bersalah sebab aku marah orang tu. aku tak kuat mana. sejujurnya aku tak kuat mana. mungkin lama orang akan faham bila aku  diam, lari dan tak nak cakap dah . it is better you silent before dengan korang2 sekali kena. for me, cara nak atasi masalah aku akan keluar or buat apa yang aku suka. do something that will make me happy. for example... hehe macam aktiviti aku dengan roomates ni.  main ballon. best. waktu ni rasa tak ada masalah langsung. Best sangat . ya.. inilah roomates saya.

Friday, 5 September 2014

mak and abah

kenapa aku tulis tajuk tu , sebab tanpa mereka aku tak akan dapat rasa nikmat hidup. ya, aku tahu segalanya ketentuan oleh allah. aku wujud di atas dunia ni pun atas kehendak Allah. siapa kita pada masa kini?. berdirinya kita sebagai doktor, akauntan , penyarah dan seorang yang terkemuka mungkin. tapi ingatkah kita pada mak dan abah kita?. sejujurnya dalam dunia ini tak ada siapa pun yang tak sayang mak dan abah mereka. ingatlah, kejayaan kita pada masa kini hasil titik peluh mereka juga yang penat mendoakan kita, bagi itu ini dan segalanya agar kita berjaya. terkadang kita marah kepada mereka kerana kita tidak sependapat dengan mereka. begitu jugak dengan ku. tapi percayalah, di sebalik itu, terselit satu hikmah yang sukar untuk kita tafsirkan.
jika dilihat dari sudut pandangan kasar, rata-rata anak remaja pada era kini semakin teruk. terkadang kita terfikir sejenak. Di mana silapnya, adakah mak dan abah silapnya. silap dalam memberi didikan?. jika hendak disalahkan sekolah, guru di sekolah kini hanya mampu memberi ilmu berkaitan dengan akademik. kalau masuk sekolah agama pun, belajar ilmu agama .. tut tap tut tap pelajar hanya belajar kerana hendak dapat markah paling tinggi. dapat 100/100. mak dan abah bangga tapi di mana letaknya KUALITI ilmu yang mereka tuntut. di mana ? ingin ku tegaskan sekali lagi di mana? semua ini berlaku sebagai satu era di mana cabaran masa depan dalam mendidik anak-anak. boleh didik, tapi hendaklah sejak kecil lagi. terkadang aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada  mak dan abah kerana berjaya mendidik ku selaku anak perempuan. sejujurnya, sangat susah menjaga anak perempuan. dari segi auratnya. dari segi istilah malu. ternyata anak perempuan pada masa kini seawal usia 11 tahun sudah pandai menggoda rakan sekelasnya. di mana letak istilah malu di situ. adakah mak dan abah terlalu mengikut ajaran barat(open minded)tak nak kongkong anak.. nanti anak stress. era inikah yang kita mahu. tepuk dada tanya selera. mungkin kita sebagai remaja menganggap segalanya enteng dek terpesona dengan keasyikan dunia remaja. tapi percayalah bahawa satu masa nanti kita semua bakal bergelar mak dan abah di mana satu tanggungjawab berat akan terletak di bahu kita.
inginku ingatkan agar sesibuk mana pun kita, hubungilah mak dan abah kerana mereka sentiasa merindui suara anak kesayangannya di kota. tanya lah khabar mereka, sihat ke tidak? dah makan ke belum? soalan itu simple sahaja tapi percaya atau tidak itu adalah terapi buat mereka. sebagai pengubat rindu mereka kepada kita. mungkin bagi kita remeh tapi tidak bagi mereka. belajar untuk menghargai sesuatu walaupun kecik sahaja impaknya. ingatlah,what you give , you get back. seandainya kita derhaka kepada mereka saat ini, jgn ditangisi di masa depan andai anak yang bakal kita lahirkan itu derhaka kepada kita.
sejujurnya, mak dan abah adalah sumber inspirasiku untuk berjaya. J-taime.

Wednesday, 27 August 2014

there is hope, there is life

assalamualaikum.
 the fault in our stars. yes, aku tak nak tengok pun, tapi ada laa seorang hamba Allah ni ajak aku tengok sampai merayu2. hurm, this is the story about love. aku tak suka sangat tengok cerita love kat wayang. tapi oleh kerana kawan, aku layankan jugak laa.
aku dapat kata-kata tu.. there is hope,there is life. ayat itu sangat mendalam. selagi ada harapan, selagi tu kita kena teruskan hidup. bagi aku,selagi kita masih diberi peluang untuk hidup,belajar dan mencari apa itu erti hidup. kita kena teruskan juga. mungkin terkadang kita tak dapat apa yang kita impikan. terkadang kita sakit, kesakitan itu pula menghalang kita untuk capai impian kita. ohhh sedihnya. yes, ada je impian aku yang tak dapat sekarang ni. dan cerita tu... membuatkan aku nangis. haha orang dlm wayang nangis sebab memang sedih ending cerita ni. love part la tp aku sedih sebab aku relate dengan diri aku sendiri. yes, kehidupan perlu diteruskan. kita juga perlu hargai semua orang disekeliling kita . terutama yang sentiasa ada disisi kita. yang gembirakan hati kita. walaupun terkadang aku tak suka untuk berada di sisi. hadir ku di sini tanpa rela. tapi ku pujuk jua hati ini untuk terus hidup.
terima kasih kepada semua yang sudi terima diri ini dalam hidup mereka. walaupun aku tahu, terkadang sangat susah untuk layan kerenah aku. itu aku tidak nafikan.
there is hope, there is life. selagi kita mampu untuk bangun. bangunlah, heretlah dirimu untuk bangun. walaupun terkadang sedih dengan result midsem fail kot. hurm tp percayalah pada diri kita bahawa kegagalan itu merupakan satu titik yang mana kita mencuba sesuatu. biar kita cuba sesuatu dari kita duduk berdiam diri tak tahu apa-apa. aku memang busy. aku sengaja busy kan diri aku supaya aku terus terleka di sini untuk terus hidup daripada dari manusia tak bernyawa.

Thursday, 14 August 2014

malam

assalamualaikum,
saat siang yang tanpa henti, orang semua sibuk dengan urusan masing-masing. aku heret roomates tercinta pi dinner dekat depan cafe makcik.hehe walaupun aku tahu, minggu tuadalah minggu periksa. tapi entahlah, malam tu ada bulan yang sangat cantik. itu memang aku tak nafikan. it is so beautiful ok. sedar tak sedar, aku dah 3 sem dengan roomates aku. bagi aku diaorang penyeri hidup aku. roomates aku cuma ada 3 orang jee termasuk aku dalam bilik ada laa 4 orang. sebenarnya, kita memang berbeza. tak sama langsung,yang sama cuma gender(female) hehe.. atie,iwani dan farah.

atie,
hurm, dia ni baik orangnya. hehe(muka jahat) habis la aku kalau dia baca blog ni. mohon ampun ya atie. bagi aku atie seorang yang baik dan suka berfikir. apa-apa semua nak fikir. sebelum nak jawab soalan dia, aku akan pastikan aku fikir dulu dengan baik agar hujah aku berintelektual. walaupun apa pun aku sayang kau. terkadang aku pernah je cerita masalah aku dekat ko, ko la suka dengar dan tolong selesaikan masalah aku. mungkin allah hantar engkau dekat aku. mungkin engkaulah orang yang baik dan sekepala dengan aku. walau terkadang aku rasa tak mampu untuk berdiri di sebelah kau.

farah
farah, seorang yang suka kawan dengan laptop dia. dia ni busy. walau ak pun terkadang pelik dengan dia ni. apalah yang dia busy sangat wei.. kitaorang pun orang atasan jugak haha tapi dia ni macam yb dalam bilik ni. farah suka bercerita, dan aku suka dengar cerita dia. walaupun panjang tapi aku suka dengar sebab di sebalik kepanjangan cerita dia tu, terselit satu keunikan yang tak ada dekat orang lain. kau selalu buat aku tersenyum.

iwani,
dia ni baik dan urm lembut orangnya. tapi don't judge a book by it's cover. itu je yang mampu aku fikir tentang dia ni. tak terjangka. rupanya dia macam ni. sejujurnya dia seorang baik dan suka tolong orang. haha aku suka moment kita sama-sama suka tengok doctor stranger. ahhahaha. sweet.

aku dah jumpa persamaan mereka, mereka suka buli aku. itu betul. huhu tapi buli korang tu laa yang membuat aku tersenyum. mungkin itu cara korang untuk rapat dengan aku. dengan cara itu korang kacau aku. dengan cara itu korang gelak-gelak dengan aku. tak mampu untuk ku lafazkan tapi hanya mampu dapat ku tulis sedikit tentang kalian di sini, aku sayang korang. susah senang kita bersama. aku pun sedar aku tak sebaik mana. terkadang aku ada sakitkan hati anda semua. mohon ampun dan maaf. ya.. aku bukan kain putih kain ku penuh dengan corak. jalan kita tersangat berbeza. hidup kita sangat berbeza. tolong jangan fikir aku sebaik-baik manusia. aku juga punya sejarah silam yang korang tak tahu. tapi terima kasih kerana pernah jadi kawan aku. terima aku. aku suka kawan dengan korang sebab korang terima aku seadanya. aku tak punya apa-apa. tapi korang tetap terima aku dalam bilik ni. thanks.
terkadang kita tak nampak, allah utuskan kawan sebagai penyeri hidup kita. kita selalu doa agar diberi kekuatan. rupanya allah tak bagi direct. allah utuskan kawan yang sentiasa disisi kita.
mungkin, jika tak masuk uia,aku tak jumpa species orang macam korang. haha bak kata atie , budak bilik ni rare sungguh. hahaha the best part is korang sempoi kalau nak cerita apa-apa.
lama laa tak tulis blog. ni antara hadiah untuk diri sendiri setelah habis mid sem exam. hahah jangan lupa final ada lagi yee ..

Thursday, 7 August 2014

experience is priceless

assalamualaikum.
hurm, semestinya aku semakin busy dan dah tak menang tangan di sini, tapi aku suka. nak tahu kenapa? ok sebabnya tajuk di atas itu. ye aku tahu ada sesetengah orang cakap "lantak kau laa nak buat apa pun, asalkan hidup aku tak kacau orang dan aku nak study" ye aku tahu. mungkin ayat di atas ni ada pada sesetengah orang di atas muka bumi ini. from my perception, if you are talented to do somehings.. why not you just to make it. yang paling penting niat kita. keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu. cuba fikir apa yang kita nak sebenarnya dekat u ini. jika diberi peluang untuk handle sesuatu, cubalah . anggap itu sebagai satu cabaran. sejujurnya bukan mudah untuk handle sesuatu majlis atau society. kita baru lagi hendak bertatih. kita masih belajar dan inilah masa untuk amik segala ilmu yang ada di atas muka bumi ini. mungkin sekarang kau tak nampak "kenapalah aku kena buat semua ini." tapi percayalah, kita akan gunakan ilmu ini di masa hadapan kita. mungkin bukan sekarang, mungkin pada saat kita kerja nanti. kalau dah waktu kerja baru nak tahu itu ini.. terlambat laa biar sekarang kita belajar sebab kita masih bergelar pelajar bukan pekerja. from business to welfare society. sejujurnya aku happy. walaupun terkadang aku terasa sangat bila kawan sebilik aku atau tak kisah sesiapa pun cakap aku curang. bukan mudah untuk aku lepaskan business. tapi sekarang aku bersyukur aku dah ada keluarga baru(welfare). aku sayang semua kawan2 aku di sini. dan aku mintak maaf kepada sesiapa yang pernah bekerja dengan aku, aku buat silap ke salah ke.. huu mintak maaf yee...

Friday, 13 June 2014

gift

everybody love to get a gift. doing something that it will make you smile in your life. for me, it is simple. i give a drama "bukan kerana aku tak cinta" and a novel written by anjellayan "experiment cinta" as my beautiful gift for my life. it is because i try harder to get a good result for the last sem. accually, pampering yourself is like a treatment. i always give present in my life. for pmr, spm. even though i not get score very well, the gift is like medicine for my body. i spent my time to study, doing assignment,practice presentation and others.for me, i want to give a present for myself only. what about you?..









Thursday, 22 May 2014

kejayaan dan ketenangan

assalamualaikum. 
di pagi hari jumaat ini, saya ingin berkongsi sedikit berkaitan dengan ketenangan. kita sekarang selalu lupa dan tak ingat akan kejayaan islam. sekiranya islam tak berjaya pada masa dulu, kita mungkin tidak bergelar muslim sekarang ini. tapi siapa yang membawa kejayaan tersebut? semestinya rasul kita. bila kita rindu dan sayangkan seseorang. mesti kita selalu sebut nama orang tu. oleh itu, kita kena sayang rasul kita dan rajin sebut namanya. dengan cara apa?dengan berselawat. rahsia disebalik berselawat ini, bukan hanya dapat pahala tapi kita dapat menemui ketenangan. dalam kita berserabut asyik fikir pada urusan dunia, marilah berselawat. ketenangan akan hadir dalam diri kita. terutama bagi mereka yang nak masuk dewan peperiksaan. takut,cuak rasa tak tenteram, berselawatlah kerana kita akaan dapat jalan keluarnya.  











Tuesday, 20 May 2014

amalan yang dapat mendekatkan diri dengan allah.

assalamualaikum
tujuan aku tulis hari ini nak cakap pasal amalan yang dapat mendekatkan diri dengan allah. Dalam pagi-pagi yang indah aku terbuka la tv9 , tetiba keluarla tajuk ni dalam program tanyalah ustazah. amalannya ialah berbakti kepada ibu. hurm, yela kan baru lepas hari ibu hari tu, aku ingat la dalam aku sibuk dekat u, semua dok post selamat hari ibu dekat fb. tanya budak roomate bila hari ibu ? haaa nak tahu jawapannya hari-hari, hari ibu faizah.. ahaa terus terdiam .. betul jugak kata dia kan. hurm, sebenarnya berbakti pada ibu laa merupakan amalan yang dapat mendekatkan diri dengan allah. hurm, bagi yang duduk dekat perantauan tu, tak kisah laa dalam malaysia atau luar negara, call laa mak tu tanya khabar. jangan la sempena hari ibu je baru nak call. sebenarnya dalam islam hari-hari ibu. tambahan pula, doa ibu ni makbul. terkadang kita rasa kita dah besar, kita rasa kita pandai dari segi apa pun, buat keputusan pun tak nak daa tanya mak dan abah. terutama bab nikah. bila mak tak setuju kita memberontak nak jugak nikah lelaki atau perempuan tu. sebenarnya aku ada baca dalam satu buku tu, dia tulis jika kita nikah jugak tanpa redha si ibu, bila berlaku keretakan rumah tangga atau anak yang bakal kita lahirkan itu degil dan bebal. cek balik pernikahan kita, dapat restu atau tidak dari ibu. sebenarnya bila pikir balik, ada sebab sebenarnya kenapa ibu melarang pernikahan tersebut. oleh itu, buatla baik kepada ibu kita semasa dia masih ada. beruntungla sebab kita masih mempunyai mereka. allah masih beri kita peluang dan ruang untuk kita bemesra dan berbakti kepada mereka. kepada yang dah tak ada mak dan ayah, sedekahkan yassin dan al- fatihah kepada mereka.

Saturday, 17 May 2014

asasi uia

salam, asasi uia, memandangkan ramai yang sekarang ni nak masuk u da terutama kepada junior yang dah tahu keputusan upu. selamat datang ke dunia university. aku nak cakap pasal uia. macam biasa nila masuk tempat baru mesti ada taaruf week or minggu orentasi. tapi uia ni tak adanya nak suruh adik-adik junior ni joget2 macam form dulu kat sek. waktu minggu orentasi ni la adik2 akan menduduki exam ept and apt. buat betul2. ept tu ujian english dan apt tu ujian arab. kira pihak uia nak tahu anda semua di level mana. ehh tak lupa juga ada ujian tilawah, fardu ain. nampak tak universiti ini sangat menjaga kualiti pelajarnya. mungkin universiti lain dok sibuk buat itu ini waktu orentasi tapi uia memang korang kena exam laa gamaknya. oleh itu, dengan masa yang ada, sila-sila buka buku tuk bersedia bagi menghadapi exam. bagi yang dapat asasi economic and management science, selamat datang ye ke mahallah maryam,gombak. ni la satu-satunya kos untuk asasi yang ada di gombak. aku nak kata kos ni senang tak jugak susah pun tak jugak. bagi yang suka main kalkulator boleh laa nk terus bernafas kat dapt kos ni, tapi kalau suka membaca kena pupuk la minat tok bermain dengan number. andai kata tak minat dengan kos yang adik-adik dapat, jangan risau, boleh tukar kos, tapi kena mohon la yee. doa banyak ada rezeki tok tukar dapatla, memang ramai yang cakap nak tukar kos susah, tapi ada je kawan yang dapat tukar kos. dari kos english ke econs. ada je. so, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Kolej islam sultan alam shah

assalamualaikum, 
hari ni aku nak cerita pasal kolej islam ni. terletak dekat kg jawa, klang,selangor. biasanya yang nak masuk sini dengan 9A dalam genggaman, tapi adakah kau rasa kau dah ada 9a, ko rasa kau layak masuk kisas? persoalannya, apa lagi yang erlu ada untuk kau terus hidup dalam kisas. meh sini aku nak cakap, sebenarnya duduk dekat kisas perlukan semangat yang kuat. sebab sek ni bukan macam sekolah biasa, memang la kan sek sbp+sbt, tapi apa hebatnya sekolah berbanding sbp lain, dan mrsm lain? sekolah ini ada tarbiah. bagi aku sangat sukar untuk korang jumpa dekat sekolah lain. ko buat salah sikit je, dah ada kawan ko tegur da. percaya atau tidak kawan-kawan ko tu macam malaikat. itu yang salute dekat kawan aku yang ada dekat kisas. sekolah ini jugak senyap. pernah sekali tu aku pikir tak de orang dekat kelas tu, sekali padang kelas tu full penuh, ada je penghuninya, tambahan cikgu tak de wei dalam kelas tu, tapi semua pelajar tengah khusyuk buat kerja. buat homework .. tekan kalkulator tu. memang semua hargai masa. kalau cakap pasal pelajaran, sama jerk rasanya dengan mrsm or sbp lain. tapi kalau aku nak cakap pasal badar, ini memang aku yakin dengan kisas, badar memang memainkan peranan penting dekat kisas. oleh itu, kepada semua adik2 yang nak masuk kisas, akak alu-alukan kedatangan adik2, cuma satu akak nak cakap, adik2 kena kuat semangat untuk terus hidup dalam kisas. semoga berjaya dalam pelajaran dan jadi insan yang boleh mempraktikkan islam secara keseluruhannya.

Thursday, 1 May 2014

business society

assalamualaikum,
with the name of allah, i have some time to write somethings that are related with business society. in the beutiful night, we gathered around edu building. actually we had dinner.(BBQ). for me, i so sad because it is the last time that i as a ass head bureau business. in addition, from the bottom of my heart, i'm so happy because i not have to do work with someone that hurting my heart. 
firstly, i apologies to everyone that direct or indirectly involve in this bureau, doing work with me, helping me to solve some problems. i know, i'm  not a perfect person compared to others. 
however, some people said that holding as a ass head will develop your soft kill. it is true because of communication. you should know on how to communicate with others, give some instruction and work together with people below you. it is crucial to realize that good relationship with head also importance. i try HARDER on how to communicate with head business bureau. yes, i know as ass head, i always make mistake but please don't blame on me. moreover, people should not to be more egoistic. it is true that boys have a sense of ego. it is relate with manners. people should know that having a sense of humility is needed in themselves. i apologies to the observer for this bureau, i can interact with head only for 3 months. to recapitulate,in job world, top managers should have a good manners in order to guide people on middle managers and supervisors . as a result, they will give a full of respect and work comfortably with you.  












Friday, 25 April 2014

work hard

assalamualaikum.
 with the name of allah. i write this entry. hello everyone. looking on the title, today i want to explain more about it. as we know that people nowadays tend to work hard in order to accomplish their goals. yes, people want to get whatever they want . for example, as students, they want to get 5A in UPSR, 9A in PMR and score with flying colours in SPM .. straight A+ in SPM also. next, entring university such a good place to learn about something new. everybody want to perform very well to get 4.00(dean list). yes, they want it. they stay up at night until 2.00 am. for the first time, i cry because i think ,i want to surrender because i have 2 quizes(acc2) and one assignment math. i'm so tired with my hectic day. i think, this is not that i want in my life. 
the best solution is pray. i recite the most beautiful al-quran(surah yassin). then, i sleep like a log. even though i have 2 more quizes in tomorrow morning, i still want to sleep. i always wake up in the early morning by around 4.00 a.m while others are still sleep like a sleeping beauty in their compartment.i start to study. for me, wake up early in the morning is the best time to study compared to study around 12-2 or 3 a.m . it is better for humans to wake up early in the morning not only you can study but you can also doing tahajjud before you study. for muslims, try to do tahajjud and you will feel something that you are speechless. you will feel it. i emphasis again, tahajjud. this is because you will fell calmness and Allah is standing beside you. Then, by performing tahajjud, you will talk to allah directly. in sya allah, allah will ease everything to you. 
remember, we are slave in the eyes of Allah. we have two place which is dunya and hereafter. please do something that you can invest not only in dunya but also in hereafter. if you think properly, do you have such enough rewards to enter jannah? how can you escape when allah want to take your soul now ? or not now i give chance .. tomorrow ? can you imagine it? you trying your best to get 4.00,wealth,property,and others but it is for dunya. what is your efford for your hereafter? lastly, i hope you will open your eyes and touch your heart after you read this entry.