Thursday, 16 October 2014

Grab

assalamualaikum. apa sebenarnya yang kita hendak di sini?dan apa sebenarnya yang kita dapat. yes, saat semua sudah mula melangkahkan kaki keluar dari u, aku masih di sini. aku just nak share apa beza universiti dan sekolah. kalau sekolah lebih kepada peraturan. tapi di sini aku belajar banyak erti tentang kehidupan. aku belajar erti persahabatan. erti buat kerja. sekolah semuanya cikgu uruskan itu in. papehal ko boleh rujuk cikgu. tapi di universiti, tak ada ok. semua ko kena buat sendiri. ko handle program, ko la yang buat semua. 
sahabat, dalam dunia sekarang aku belajar erti sahabat. maksud aku bukannya kawan yang datang bila perlu. bukannya kawan yang nak terhegeh-hegeh dekat ko kerana duit. tapi kawan yang sentiasa ada di sisi kau. selalu jadi teman kau. bila kau menangis, dia ada di sisi untuk tolong dengar masalah kau. walau terkadang kau masih baru kenal dia. kau tak tahu nak pujuk dia macam mana. tapi bagi aku tolong dengar pun dah cukup baik. terkadang kita jugak tak sedar yang kata-kata kita telah menyakitkan hati banyak pihak. ini pun salah satu faktor kawan tak sekufu dengan kita. Dan ada jugak kawan yang bila susah cari kita, bila senang say bye2 .. ohh sakit ohh .dan ada jugak kawan yang bila kita bertiga, dia lupa kawan dia sorang ni. asyik borak berdua je. ko akan rasa macam tunggul kayu kat situ. tak semestinya kau sefikrah dengan dia, dia bakal jadi kawan baik kau. tak semestinya dulu kau satu sekolah dengan dia, bila tiba kat u dia akan kawan dengan kau. mungkin orang lain yang dari sekolah lain lagi mudah tok faham hati kita dari kawan sekolah lama. jangan anggap universiti ni seindah syurga yang ko dok berangan waktu dekat sekolah dulu. masuk u nanti baru rasa erti hidup sebenar. 
kerja. yes, bila kau join society, kau bakal untuk kerja. sedia berkhidmat untuk melaksanakan program. waktu tu, kau bakal kerja dengan ramai orang. kau akan dengar orang cakap si A ni baik, senang kerja dengan dia, selalu tolong orang. dan yadayadayada. banyak lagi la orang puji dia. hurm, dari sini aku belajar somethings. don't judge a book by it's cover. kita kena kerja dulu dengan dia. then, baru nilai dia macam mana. sebab mulut orang memang manis, semanis madu. bila kau dah kerja dengan dia, kau baru tahu langit tu tinggi ke rendah. kau baru tahu taring dia macam mana. kau baru tahu dia ni talented ke tak tok jadi seorang leader. waktu tu ko baru tahu dia ni layak tak nak masuk calon bakal suami korang. kalau dah tinggalkan kau terkontang-kanting dekat tengah padang pasir, buat kerja sorang2. tu ke nak jadi calon suami?. hurm, you have to think first ok. tapi tak semua orang perfect kan. then, kita akan berhadapan dengan ramai orang. ada orang yang memilih untuk dia layan. terkadang kita bakal rasa kena layan macam sampah. useless. hurm, dunia tak selamanya indah. dan hidup hanya sekali. kalau dah pernah rasa dapat layanan macam sampah tu namanya apa? pengalaman. experience is priceless right?. sekurang2nya pernah merasa. 
sejujurnya, beruntunglah bila dapat orang yang kerja dengan kita tu baik layanannya. sejujurnya masih dapat rasa dilayan in terms of humanity. tak ada lah sakit jiwa then, rasa happy n boleh gelak2 lagi. pada saat tu aku bersyukur sangat kerana allah makbulkan doa ku. makbulkan doa ku dipertemukan dengan insan yang boleh kerja dengan aku dan boleh terima aku seadanya. siapa kata dengan semua orang kita mampu untuk kerja dengan dia. terkadang kita diuji dengan allah. ujian dari segi kesabaran. kesabaran itu penting. dan aku suka ayat sorang mamat ni " faizah, dia baik sebenarnya". terkadang ayat ni menjadi penguat hidup aku untuk terus melangkah dalam society.
kehidupan. jangan pernah fikir bahawa hidup ini penuh dengan dunia islam. islam itu ada. dan kita yang perlu cari dia. bukannya islam yang cari kita. kau masuk la tempat yang islamik mana un. bila kau dah masuk, judge la sendiri. nasihat aku jangan bagi high expectation sangat dekat tempat tu sebab semuanya manusia, dan kita bukan malaikat. kita kena pandai jaga diri kita sendiri agar tak hanyut. kalau kata kita tak berilmu cukup la sekadar kita fikir sebelum kita melakukannya. 
my last words, kawan memang berjuta, tapi nak cari seorang sahabat itu sangat sukar.
next, jangan sesekali anggap bila kita sayang seseorang, dia akan sayang kita balik. sebab terkadang dunia ni kaca bukan permata. beruntunglah kerana Allah bagi kau rasa sakit dan happy di sini. agar kau lebih mengerti erti kehidupan. 

0 comments:

Post a Comment