assalamualaikum..
bila masa kaki melangkah kita akan teruskan langkah ini tanpa menoleh kanan dan kiri. pada saat kita terus membesar, kita masih terus mengenal erti dunia. terkadang kita makin terasa ahaa dunia akan terus menipu kita. tapi mana mungkin Allah ciptakan dunia saja-saja. allah nak kita cuba dan terus mencuba menghayati erti kehidupan dan menghargai setiap apa yang Allah anugerahkan kepada kita. sampai satu saat, kita akan rasa ohh semua milik kita ini hakikatnya bukan milik kita Allah cuma bagi pinjam jee. bila expired date! Allah kata, aku nak balik barang tu, ye bila-bila masa sahaja Allah akan tarik balik segalanya.
semakin kita besar, semakin banyak kita belajar. belajar untuk mengenal erti dunia. semakin banyak masalah yang perlu kita fikir. bukan masalah je malah tanggungjawab kita. tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah.
semakin berat kaki melangkah, semakin pantas masa berlalu. maka diam,lihat dan fikir.
0 comments:
Post a Comment