assalamualaikum
ilmu itu sungguh boleh didapat di mana-mana
sungguh, Allah kau sebaik-baik Perancang.
dan dunia seindah ini kau hantarkan aku ke dalam uia
untuk menuntut ilmu
semakin kau meningkat dewasa
semakin kau tahu erti ilmu.
semakin tinggi kau dengan ilmu
semakin org menyanjung kau tinggi.
dan sampai satu tahap aku
takut pada ilmu yang aku ada
menyebabkan aku leka
mendatangkan penyakit di hatiku
riak mula menyelubungi diri
dalam erti kata lain,
kau semakin angkuh
dalam kegelapan aku pohon pada Allah
temui aku jalan untuk aku hapuskan perasaan ini.
dalam sujud ku,
jauhilah aku dari perasaan riak , bongkak dan takbur
sungguh, segalanya milik Allah.
kau tahu, rezeki itu datangnya dari Allah
maka pohonlah pada Allah.
terima kasih,
kepada tangan-tangan yang sudi
datang membantu.
terima kasih kepada orang yang sudi datang dan
ucapkan terima kasih
pernah aku terbaca seorang yang memilik phd,
sanggup cuci tandas kerana untuk naturalkan diri balik.
dia takut ilmu yang dia miliki itu
menjadikan dia angkuh pada Allah.
lakukanlah sekecil-kecil kebaikan kerana kau tidak tahu
pahala yang mana menghantarmu ke syurga.
moga Allah masih lembutkan hati kecil ini untuk terus membantu keluarga baru ini
yeah, aku jumpa keluarga baru.
keluarga yang bagi aku penuh dgn semangat kesukarelaan
"pandai-pandailah bahagikan masa" pesanan abg long.
moga pekerjaan ini,
dapat menyucikan hati-hati kami
hapuskan sifat riak, angkuh dan bangga diri dalam hati kami
semakin kau tinggi di atas,
kau semakin lupa nasib orang dibawah
maka selalu-selalulah pandang mereka di bawah.
rajin-rajinlah sedekah
abah kata, sedekah itu investment
nak kaya sedekah
sebab apa?
rezeki Allah luas.
Allah datangkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.
andai aku punya rezeki lebih
andai aku bergelar accountan satu masa nanti.
mungkin aku juga boleh belanja seperti mana
mudahnya tangan dia mengulur note-note duit
"nah, pergi bayar untuk semua. tak cukup kau topupla"
sejujurnya aku terkejut
mulianya hati mu. mungkin sedekah hari jumaat
moga rezekimu luas
mudah saja.
terima kasih Allah.
Allah bayar cash.
benar kata abah. andai kau rajin bersedekah
rezeki mu luas.
belum 24jam.
cukup 2,3 jam sahaja.
janjimu itu pasti Allah.
0 comments:
Post a Comment