pernah sekali aku tanya
kenapa kena belajar benda ini.
aku masih muda
aku tak nak belajar benda ni
wei, berat wei. aku jugak 16 tahun seperti manusia lain
manusia di sekolah lain
aku malas hendak fikir semua ni
kenapa kena belajar benda ini.
aku nak enjoy.
muda kot.16 tahun.
hati aku memberontak
tak nak belajar pasal benda ini semua.
tapi dalam hati jelaa.
membuat aku terfikir.
masih punya banyak masa lagi untuk belajar
tetapi
kerana kau bakal menjadi umi
umi pada anak-anakmu
kerana anak-anakmu bakal menjadi penggerak ummah
hebatnya lelaki itu dek tangan yang menghayun buaiannya
faizah, nak lahirkan zuriat yang hebat
dari sekarang la faizah.
bukan nanti. bukan esok nak nikah baru nak buka buku.
bukan dah nikah baru nak kaji cara didik anak ikut islam
nak tengok anak, generasi islam akan datang lihatlah isterinya.
terdiam,
terdiam sekarang jugak dalam surau kolej kampung jawa.
kenapa?
kerana sekolah ini niatnya
nak melahirkan generasi islam.
generasi seperti sultan muhammad al- fatih
generasi al-quran.
haha jangan tanya aku laa
berapa banyak hafalan al-quran yang aku ada waktu form4
kosong.
sedang orang lain sudah bermuka-muka surat.
ohhh, time tu aku rasa aku sangat jahil di atas muka bumi Allah.
bukan faizah,
kau masih belum terlambat
masih banyak tangan yang menghulur tangan
mungkin dulu aku bertudung saji hanya kerana adat
tapi
sekolah ini membuat tudung saji
bukan sebagai adat.
tapi sebagai perisai diri.
tapi
sebenarnya diri sendiri
Allah dah bagi jalan
pilih nak A atau B
ehh
jangan salahkan mereka
andai mereka tidak seperti yang kau sangkakan
sungguh kami juga manusia
penuh dengan kejahilan
kami tidak sempurna
anda mungkin penyempurnanya
jangan kau persis gaya skeptical kata
"sekolah agama, kenapa tak itu ini"
Allah, terima kasih kerana menegur.
inilah cabaran kami.
kami sangat takut untuk hadapi dunia
percayalah waktu form 5 dari kolej ini
akan titip di bibir kami ,
kami takut dengan dunia luar
dunia universiti.
dunia yang penuh dengan darah dan air mata
dunia yang menghukum tanpa sebab
sedang kami hanya ada 2 tahun di sini
untuk perbaiki diri kami.
sungguh, andai di beri peluang
ingin sekali aku pergi usrah di sekolah ini
usrah yang tak pernah judge aku siapa
usrah yang tak mendesak aku apa-apa
usrah yang mendekatkan aku dengan Allah.
0 comments:
Post a Comment