assalamualaikum
Allah ampunkan dosaku. sesungguhnya aku sangat hina. ternyata aku makin dihimpit dengan timbunan kerja yang banyak. asignment bertimbun-timbun.
sejujurnya subject makin berat. siapa kata cm senang ya Allah. aku takut. bantulah aku. gugurla air mata ini kerana peritnya.
"jika kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong kamu." terkadang aku sangat takut.
ada orang berkata" faizah, kau tak nak ke masuk apa-apa society? kau tak nak sijil ke? "
deep. aku diam membisu. kerja aku juga banyak kerja masakan mampu untuk aku tambah lagi masuk society. balik kg, mesti ada yang cakap " faizah, kau dah tak aktif ke kat u? tipulaa.. dulu semua kau bolot. kau faizah, bagi je apa-apa. " hatiku berkata tidak di uia.
"jika kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong kamu"
siapa kata aku sempat study?
siapa tak nak punya masa join segala society yang ada dalam uia merebut segala sijil
sebagai mana aku dulu.
pemenang sana sini.
nama terpahat di mata semua orang.
ahh itu zaman dulu.
aku sejujurnya terkadang tak punya masa untuk ulang subject aku.
aku hanya pohon agar Allah bantu aku.
aku suka buat kerja aku sekarang.
kerana aku terima nilai erti kasih sayang yang baru.
aku risau
pernah sekali aku tanya kenapa makin sikit org yang datang ingin hulurkan bantuan
mungkin semua org semakin sibuk kerana
tiada istilah balasan aku terima masuk benda ini.
tiada istilah sijil terpahat namamu seperti dulu
tiada istilah star point yang bakal kau raih untuk benda ini.
tiada istilah apa-apa.
moga Allah bantu.
itu sahaja aku pinta.
moga dapat aku bina mahligai indah di sana.
itu sahaja harapan aku.
kerana aku tidak punya apa-apa
investment untuk akhiratku
moga lahirnya insan yang sehebatmu.
moga lahirnya dari rahim ini insan sebaik itu.
memberi tanpa mengharap balasan apa-apa.
kerana
apa itu financial crisis?
saat kau memberi pada saat kau juga memerlukan.
lakarlah namamu di sana bukan di sini.
jadilah perempuan yang baik di langit sana.
sungguh, perlukan pengorbanan yang besar.
tiada siapa tahu apa yang kami rasa
moga kepenatan ini Allah rawat
dengan sucinya tenaga baru dengan IzinNya.
moga air mata yang mengalir ini
kau gantikan dengan wangian syurga.
benarlah kehidupan di university mengajar
kau erti hidup yang sebenar.
didiklah hati sekarang untuk
tidak rakus pada nilai duitan
saat kau kerja nanti,
moga kau jadi akauntan yang hebat atas nama islam.
0 comments:
Post a Comment