Saturday, 17 May 2014

asasi uia

salam, asasi uia, memandangkan ramai yang sekarang ni nak masuk u da terutama kepada junior yang dah tahu keputusan upu. selamat datang ke dunia university. aku nak cakap pasal uia. macam biasa nila masuk tempat baru mesti ada taaruf week or minggu orentasi. tapi uia ni tak adanya nak suruh adik-adik junior ni joget2 macam form dulu kat sek. waktu minggu orentasi ni la adik2 akan menduduki exam ept and apt. buat betul2. ept tu ujian english dan apt tu ujian arab. kira pihak uia nak tahu anda semua di level mana. ehh tak lupa juga ada ujian tilawah, fardu ain. nampak tak universiti ini sangat menjaga kualiti pelajarnya. mungkin universiti lain dok sibuk buat itu ini waktu orentasi tapi uia memang korang kena exam laa gamaknya. oleh itu, dengan masa yang ada, sila-sila buka buku tuk bersedia bagi menghadapi exam. bagi yang dapat asasi economic and management science, selamat datang ye ke mahallah maryam,gombak. ni la satu-satunya kos untuk asasi yang ada di gombak. aku nak kata kos ni senang tak jugak susah pun tak jugak. bagi yang suka main kalkulator boleh laa nk terus bernafas kat dapt kos ni, tapi kalau suka membaca kena pupuk la minat tok bermain dengan number. andai kata tak minat dengan kos yang adik-adik dapat, jangan risau, boleh tukar kos, tapi kena mohon la yee. doa banyak ada rezeki tok tukar dapatla, memang ramai yang cakap nak tukar kos susah, tapi ada je kawan yang dapat tukar kos. dari kos english ke econs. ada je. so, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

0 comments:

Post a Comment