assalamualaikum
tujuan aku tulis hari ini nak cakap pasal amalan yang dapat mendekatkan diri dengan allah. Dalam pagi-pagi yang indah aku terbuka la tv9 , tetiba keluarla tajuk ni dalam program tanyalah ustazah. amalannya ialah berbakti kepada ibu. hurm, yela kan baru lepas hari ibu hari tu, aku ingat la dalam aku sibuk dekat u, semua dok post selamat hari ibu dekat fb. tanya budak roomate bila hari ibu ? haaa nak tahu jawapannya hari-hari, hari ibu faizah.. ahaa terus terdiam .. betul jugak kata dia kan. hurm, sebenarnya berbakti pada ibu laa merupakan amalan yang dapat mendekatkan diri dengan allah. hurm, bagi yang duduk dekat perantauan tu, tak kisah laa dalam malaysia atau luar negara, call laa mak tu tanya khabar. jangan la sempena hari ibu je baru nak call. sebenarnya dalam islam hari-hari ibu. tambahan pula, doa ibu ni makbul. terkadang kita rasa kita dah besar, kita rasa kita pandai dari segi apa pun, buat keputusan pun tak nak daa tanya mak dan abah. terutama bab nikah. bila mak tak setuju kita memberontak nak jugak nikah lelaki atau perempuan tu. sebenarnya aku ada baca dalam satu buku tu, dia tulis jika kita nikah jugak tanpa redha si ibu, bila berlaku keretakan rumah tangga atau anak yang bakal kita lahirkan itu degil dan bebal. cek balik pernikahan kita, dapat restu atau tidak dari ibu. sebenarnya bila pikir balik, ada sebab sebenarnya kenapa ibu melarang pernikahan tersebut. oleh itu, buatla baik kepada ibu kita semasa dia masih ada. beruntungla sebab kita masih mempunyai mereka. allah masih beri kita peluang dan ruang untuk kita bemesra dan berbakti kepada mereka. kepada yang dah tak ada mak dan ayah, sedekahkan yassin dan al- fatihah kepada mereka.
0 comments:
Post a Comment