Thursday, 14 August 2014

malam

assalamualaikum,
saat siang yang tanpa henti, orang semua sibuk dengan urusan masing-masing. aku heret roomates tercinta pi dinner dekat depan cafe makcik.hehe walaupun aku tahu, minggu tuadalah minggu periksa. tapi entahlah, malam tu ada bulan yang sangat cantik. itu memang aku tak nafikan. it is so beautiful ok. sedar tak sedar, aku dah 3 sem dengan roomates aku. bagi aku diaorang penyeri hidup aku. roomates aku cuma ada 3 orang jee termasuk aku dalam bilik ada laa 4 orang. sebenarnya, kita memang berbeza. tak sama langsung,yang sama cuma gender(female) hehe.. atie,iwani dan farah.

atie,
hurm, dia ni baik orangnya. hehe(muka jahat) habis la aku kalau dia baca blog ni. mohon ampun ya atie. bagi aku atie seorang yang baik dan suka berfikir. apa-apa semua nak fikir. sebelum nak jawab soalan dia, aku akan pastikan aku fikir dulu dengan baik agar hujah aku berintelektual. walaupun apa pun aku sayang kau. terkadang aku pernah je cerita masalah aku dekat ko, ko la suka dengar dan tolong selesaikan masalah aku. mungkin allah hantar engkau dekat aku. mungkin engkaulah orang yang baik dan sekepala dengan aku. walau terkadang aku rasa tak mampu untuk berdiri di sebelah kau.

farah
farah, seorang yang suka kawan dengan laptop dia. dia ni busy. walau ak pun terkadang pelik dengan dia ni. apalah yang dia busy sangat wei.. kitaorang pun orang atasan jugak haha tapi dia ni macam yb dalam bilik ni. farah suka bercerita, dan aku suka dengar cerita dia. walaupun panjang tapi aku suka dengar sebab di sebalik kepanjangan cerita dia tu, terselit satu keunikan yang tak ada dekat orang lain. kau selalu buat aku tersenyum.

iwani,
dia ni baik dan urm lembut orangnya. tapi don't judge a book by it's cover. itu je yang mampu aku fikir tentang dia ni. tak terjangka. rupanya dia macam ni. sejujurnya dia seorang baik dan suka tolong orang. haha aku suka moment kita sama-sama suka tengok doctor stranger. ahhahaha. sweet.

aku dah jumpa persamaan mereka, mereka suka buli aku. itu betul. huhu tapi buli korang tu laa yang membuat aku tersenyum. mungkin itu cara korang untuk rapat dengan aku. dengan cara itu korang kacau aku. dengan cara itu korang gelak-gelak dengan aku. tak mampu untuk ku lafazkan tapi hanya mampu dapat ku tulis sedikit tentang kalian di sini, aku sayang korang. susah senang kita bersama. aku pun sedar aku tak sebaik mana. terkadang aku ada sakitkan hati anda semua. mohon ampun dan maaf. ya.. aku bukan kain putih kain ku penuh dengan corak. jalan kita tersangat berbeza. hidup kita sangat berbeza. tolong jangan fikir aku sebaik-baik manusia. aku juga punya sejarah silam yang korang tak tahu. tapi terima kasih kerana pernah jadi kawan aku. terima aku. aku suka kawan dengan korang sebab korang terima aku seadanya. aku tak punya apa-apa. tapi korang tetap terima aku dalam bilik ni. thanks.
terkadang kita tak nampak, allah utuskan kawan sebagai penyeri hidup kita. kita selalu doa agar diberi kekuatan. rupanya allah tak bagi direct. allah utuskan kawan yang sentiasa disisi kita.
mungkin, jika tak masuk uia,aku tak jumpa species orang macam korang. haha bak kata atie , budak bilik ni rare sungguh. hahaha the best part is korang sempoi kalau nak cerita apa-apa.
lama laa tak tulis blog. ni antara hadiah untuk diri sendiri setelah habis mid sem exam. hahah jangan lupa final ada lagi yee ..

0 comments:

Post a Comment