assalamualaikum.
the fault in our stars. yes, aku tak nak tengok pun, tapi ada laa seorang hamba Allah ni ajak aku tengok sampai merayu2. hurm, this is the story about love. aku tak suka sangat tengok cerita love kat wayang. tapi oleh kerana kawan, aku layankan jugak laa.
aku dapat kata-kata tu.. there is hope,there is life. ayat itu sangat mendalam. selagi ada harapan, selagi tu kita kena teruskan hidup. bagi aku,selagi kita masih diberi peluang untuk hidup,belajar dan mencari apa itu erti hidup. kita kena teruskan juga. mungkin terkadang kita tak dapat apa yang kita impikan. terkadang kita sakit, kesakitan itu pula menghalang kita untuk capai impian kita. ohhh sedihnya. yes, ada je impian aku yang tak dapat sekarang ni. dan cerita tu... membuatkan aku nangis. haha orang dlm wayang nangis sebab memang sedih ending cerita ni. love part la tp aku sedih sebab aku relate dengan diri aku sendiri. yes, kehidupan perlu diteruskan. kita juga perlu hargai semua orang disekeliling kita . terutama yang sentiasa ada disisi kita. yang gembirakan hati kita. walaupun terkadang aku tak suka untuk berada di sisi. hadir ku di sini tanpa rela. tapi ku pujuk jua hati ini untuk terus hidup.
terima kasih kepada semua yang sudi terima diri ini dalam hidup mereka. walaupun aku tahu, terkadang sangat susah untuk layan kerenah aku. itu aku tidak nafikan.
there is hope, there is life. selagi kita mampu untuk bangun. bangunlah, heretlah dirimu untuk bangun. walaupun terkadang sedih dengan result midsem fail kot. hurm tp percayalah pada diri kita bahawa kegagalan itu merupakan satu titik yang mana kita mencuba sesuatu. biar kita cuba sesuatu dari kita duduk berdiam diri tak tahu apa-apa. aku memang busy. aku sengaja busy kan diri aku supaya aku terus terleka di sini untuk terus hidup daripada dari manusia tak bernyawa.
0 comments:
Post a Comment