kenapa aku tulis tajuk tu , sebab tanpa mereka aku tak akan dapat rasa nikmat hidup. ya, aku tahu segalanya ketentuan oleh allah. aku wujud di atas dunia ni pun atas kehendak Allah. siapa kita pada masa kini?. berdirinya kita sebagai doktor, akauntan , penyarah dan seorang yang terkemuka mungkin. tapi ingatkah kita pada mak dan abah kita?. sejujurnya dalam dunia ini tak ada siapa pun yang tak sayang mak dan abah mereka. ingatlah, kejayaan kita pada masa kini hasil titik peluh mereka juga yang penat mendoakan kita, bagi itu ini dan segalanya agar kita berjaya. terkadang kita marah kepada mereka kerana kita tidak sependapat dengan mereka. begitu jugak dengan ku. tapi percayalah, di sebalik itu, terselit satu hikmah yang sukar untuk kita tafsirkan.
jika dilihat dari sudut pandangan kasar, rata-rata anak remaja pada era kini semakin teruk. terkadang kita terfikir sejenak. Di mana silapnya, adakah mak dan abah silapnya. silap dalam memberi didikan?. jika hendak disalahkan sekolah, guru di sekolah kini hanya mampu memberi ilmu berkaitan dengan akademik. kalau masuk sekolah agama pun, belajar ilmu agama .. tut tap tut tap pelajar hanya belajar kerana hendak dapat markah paling tinggi. dapat 100/100. mak dan abah bangga tapi di mana letaknya KUALITI ilmu yang mereka tuntut. di mana ? ingin ku tegaskan sekali lagi di mana? semua ini berlaku sebagai satu era di mana cabaran masa depan dalam mendidik anak-anak. boleh didik, tapi hendaklah sejak kecil lagi. terkadang aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada mak dan abah kerana berjaya mendidik ku selaku anak perempuan. sejujurnya, sangat susah menjaga anak perempuan. dari segi auratnya. dari segi istilah malu. ternyata anak perempuan pada masa kini seawal usia 11 tahun sudah pandai menggoda rakan sekelasnya. di mana letak istilah malu di situ. adakah mak dan abah terlalu mengikut ajaran barat(open minded)tak nak kongkong anak.. nanti anak stress. era inikah yang kita mahu. tepuk dada tanya selera. mungkin kita sebagai remaja menganggap segalanya enteng dek terpesona dengan keasyikan dunia remaja. tapi percayalah bahawa satu masa nanti kita semua bakal bergelar mak dan abah di mana satu tanggungjawab berat akan terletak di bahu kita.
inginku ingatkan agar sesibuk mana pun kita, hubungilah mak dan abah kerana mereka sentiasa merindui suara anak kesayangannya di kota. tanya lah khabar mereka, sihat ke tidak? dah makan ke belum? soalan itu simple sahaja tapi percaya atau tidak itu adalah terapi buat mereka. sebagai pengubat rindu mereka kepada kita. mungkin bagi kita remeh tapi tidak bagi mereka. belajar untuk menghargai sesuatu walaupun kecik sahaja impaknya. ingatlah,what you give , you get back. seandainya kita derhaka kepada mereka saat ini, jgn ditangisi di masa depan andai anak yang bakal kita lahirkan itu derhaka kepada kita.
sejujurnya, mak dan abah adalah sumber inspirasiku untuk berjaya. J-taime.
0 comments:
Post a Comment