Wednesday, 1 July 2015

surat

assalamualaikum,
aku mulakan dengan lafaz bismillah. ini juga satu usaha. aku tahu kau tak akan baca blog ini kerana haaa siapa aku untuk dapat title blog famous. tapi aku yakin satu masa nanti kau akan baca jugak blog ini. mungkin 5,10, tahun lama lagi. atau sejuta tahun lama lagi. haaa atau ku utuskan buatmu di syurga. aku tetap berdoa agar satu masa nanti kau baca tulisan ini. tak kisah la ada orang bagi tahu dekat kau ke, kau jumpa sendiri ke dan boleh sahaja allah gerakkan hati mu untuk buka blog ini.
sesudahnya aku tak mampu dan aku tak tahu untuk macam mana dan bagaimana untuk aku sampaikan dekat kau kerana yea keadaan yang tidak mengizinkan. mungkin juga kau dan aku tak nak berhubung. dan mungkin juga Allah tak izinkan kita mendekati maksiat. pertamanya aku mohon ampun atas segala kesilapan aku terhadap engkau.
sejujurnya andai engkau tidak mahu memberitahu aku segalanya tapi kau perlu tahu aku telah dapat petunjuk jauh lebih awal dari engkau melangkah pergi ke bumi itu. aku hanya mampu berdoa untuk dapatkan maksud mimpi tersebut. yeah dengan kuasa Allah. dan juga Allah mengerakkan hati kawan ku untuk memberitahu ku segalanya. akhirnya aku tahu.
sekali lagi aku diberi petunjuk akan tanggungjawab. we are what we think. bagi aku itu amanah seorang ibu.aku tak mampu dan tak kuat sebenarnya untuk pegang amanah umi(ibumu) yang aku dapat. siapa aku dan aku tak diberi kesempatan langsung untuk memberitahu kau. tapi segalanya di bawah rancangan Allah. siapa aku untuk laksanakan amanah umi. aku sedar siapa aku. lama aku tanya Allah. aku tak mampu sejujurnya kerana... hanya Allah yang tahu. tapi aku hanya mampu berdoa agar kau kuat. dalam setiap sujudku, aku serahkan kau di bawah jagaan Allah.lama aku tanya Allah.allah tempat aku mengadu. aku tak mampu. kenapa dan apa maksud semua ni. moga Allah yang menjagamu. moga Allah memberi jawapan di hari akan datang untuk ku atas segala persoalan ini.. hanya satu, ku hadiahkan dirimu sepotong ayat surah al-fatir,verse29 atas amanah umi buat mu. moga-moga kau berjaya. untuk setakat ini aku serahkan kau di bawah jagaan Allah. aku hanya mampu berdoa agar kau baik-baik saja. amin.
semoga di saat kau baca blog ini. kau perlu tahu ada seorang sahabat yang sayang kepada kau. terima kasih kerana Allah pinjamkan kau seketika buat diri ini agar dapat hidup di bumi itu. terima kasih. bagi aku, kau tetap anugerah Allah buat aku.thanks kawan. aku tetap ingat janji kau. moga satu masa nanti kau tunaikan janji itu.
 moga-moga kau baca blog ini.amin.

0 comments:

Post a Comment