Sunday, 5 July 2015

dihargai

assalamualaikum. apa perasaan korang bila rasa di hargai? mesti seronokkan .aku rasa sangat beruntung andai kau dihargai dan menjadi seorang menantu kesayangan. kau diterima sepenuhnya oleh keluarga pihak mentua kau. seronoknya. tidak ada sebarang konflik mentua vs menantu. yeah. aku nak benda ni. seandainya bercinta, yes memang lah bercinta atas dasar kita dan pihak suami kita. kita sayang suami kita. tapi dalam masa yang sama bagi aku kita kena jugak rapat dengan mak suami kita.
terima aku seadanya. yeah ini paling penting. haa terimalah hakikat yang perempuan ni tak reti masak. tak reti itu ini. mana ada manusia perfect dalam dunia ni. semua tu boleh belajar. kan bagus kalau mak mentua tu share resipi dengan aku. especially masakan yang renyah. contohnya haa rendang tok. kerisik, burasak. opps aku reti buat burasak walaupun serious susah . tapi aku tak reti buat makanan orang pantai timur. ohhhh boleh menangis aku kalau depa suruh buat rendang tok. tak pun nasi kerabu yang memang renyah n leceh. my sis dah berjaya. aku belum lagi. dia kata dia masak selama 4 jam di dapur. ohh ko memang bukan org kelantan kak oii... org johor! namapak sangat laa x reti masak nasi kerabu. tapi aku bangga at least ko try jugak masak kerabu renyah tu..
bestnya, seandainya kau di sayangi oleh kaum kerabat belah suami kau. semua orang menanti kepulangan kau balik. terutama waktu rayaa sebab bila ada kau semua meriah. bagi aku rahsianya ialah kau kena baik. bila kau baik orang sayang kau. tapi kalau kau memang ade konflik dengan mak mentua kau, it is better settle awal2. tapi kalau tak settle awal cuba laa sedaya upaya. tapi aku nak la ingatkan kepada insan yang bergelar lelaki. hati perempuan ni, memang mudah cair, nangis daqn kalau dia usaha tu pandang laa wei.. maknanya dia tengah cuba nak berbaik dengan kau wahai mak mentua. tapi bila dia keras. hardless dalam bahasa orang putih nye. hmmmmmmmmmmmmm... jawapannya sila jalan.
di sini aku nak cakap, bila nak nikah kita perlu restu mak dan abah. sebab restu mak dan abah tu penting. tak ada la keluarga pihak suami kita kutuk kita dari belakang. semoga allah temukan aku dengan jodoh yang baik di matamu.
ok sekarang happy la sebab raya boleh balik johor. yeppi.

0 comments:

Post a Comment