Thursday, 22 September 2016

ujian

Assalamualaikum

selalunya kehidupan ini penuh dengan perkara yang tak di sangka
kau usaha,
kau yakin kau bakal dapat apa yang kau impiankan
tapi
Allah tahan doa kau.
dia tak bagi apa yang kau inginkan.
kau kelu
kau nangis
kau tak tahu arah mana
kau sujud, kau kata kat Allah,
aku dah usaha, kenapa kau tak bagi? kau bertanya?
tapi Allah biarkan kau
sebab Allah rindu rintihanmu di malam hari
sebab Allah rindu pada umat islam untuk berkata-kata dengannya.

sehingga kau kaku
sehingga kau rasa doa kau tak dijawab
dan kau bahkan ingin pergi
dan kau bahkan rasa usaha ini tak dipeduli
dan usaha kau acuh tak acuh

sehingga kau tersungkur
dari kau dijulang seantero negara
hingga kau dipijak rata leper setaraf bumi

kau pergi pada mereka yang dibawah
kau rasa nikmat berada dibawah
nikmat? sakitkah?
sehingga kau rasa seringgit itu sangat bernilai
sehingga kau rasa seringgit itu kalau boleh kongsi
kau beli makanan dan kongsi pada mereka yang ada di bawah

dan kau rasa dunia kau seakan gelap
dah tersungkur diinjak-injak gorila
kau masih mencari sinar.
kau masih letak pengharapan pada Dia

kau tahu kenapa Allah bagi ujian?
ujian untuk kenal erti redha
redha dan belajar erti melepaskan
dan kau belajar
rezeki itu Allah bagi dari arah yang tak disangka-sangka

Allah ingin ajar kau
 1 benda
bahawa tersungkurnya kau di bumi
masih ada Dia untuk pengharapan

Rezeki yang diberi adalah ujian buatmu
ujian untuk dirimu dipertanggungjawabkan

adakah kau bertukar menjadi org yang tak bersyukur?
adakah kau menjadi riak, bongkak dan takbur?

jadilah kau manusia yang namanya tidak dikenali di dunia
cukup sekadar rakyat kerajaan langit mengenalinmu
cukup sekadar malam-malam mu penuh dengan rintihan doa dan air mata
sujud pada Allah







0 comments:

Post a Comment