Saturday, 24 September 2016

happy birthday

assalamualaikum sher.

blog aku ini ku tujukan khas buat kau

maaf andai sepanjang perkenalan kita
aku ada mengguris hati kau
mungkin zaman bangku sekolah dari belakang dalam kelas yang belakang
opps, tapi student dia superb2 walaupun kelas akhir.hahaha
buktinya penduduk-penduduk dalam kelas belakang laa..

 sher,
teruskan hidup kau
walaupun pahit macam petai
tapi itula kehidupan yang selalunya
menghimpit hidup

sher
dalam kehidupan ni sangat sukar untuk percaya orang
mungkin kesedihan yang kau rasa dalam
nukilan kau di kisah dari syurga
tidak dapat aku selami sepenuhnya.
tapi aku nak kau tahu
hadirnya aku hingga di rumah kau
adalah takdir Allah
dia sebaik-baik perancang
aku nak kau tahu
dalam kehidupan masih ada orang yang sayang kau
masih ada kawan yang cuba untuk kau pergi
jika berlaku apa-apa.

sher
walaupun jarak memisahkan kita
walaupun senyap bisa  mencengkam hati
tapi masih ingat kata-kata kau?
walaupun kita di 2 dunia berbeza
kita masih memandang langit yang sama

sher
semoga kau berjaya dalam kehidupan kau
teruskan berjuang atas nama seindah namamu.

happy birthday sher yang ke 21

Thursday, 22 September 2016

ujian

Assalamualaikum

selalunya kehidupan ini penuh dengan perkara yang tak di sangka
kau usaha,
kau yakin kau bakal dapat apa yang kau impiankan
tapi
Allah tahan doa kau.
dia tak bagi apa yang kau inginkan.
kau kelu
kau nangis
kau tak tahu arah mana
kau sujud, kau kata kat Allah,
aku dah usaha, kenapa kau tak bagi? kau bertanya?
tapi Allah biarkan kau
sebab Allah rindu rintihanmu di malam hari
sebab Allah rindu pada umat islam untuk berkata-kata dengannya.

sehingga kau kaku
sehingga kau rasa doa kau tak dijawab
dan kau bahkan ingin pergi
dan kau bahkan rasa usaha ini tak dipeduli
dan usaha kau acuh tak acuh

sehingga kau tersungkur
dari kau dijulang seantero negara
hingga kau dipijak rata leper setaraf bumi

kau pergi pada mereka yang dibawah
kau rasa nikmat berada dibawah
nikmat? sakitkah?
sehingga kau rasa seringgit itu sangat bernilai
sehingga kau rasa seringgit itu kalau boleh kongsi
kau beli makanan dan kongsi pada mereka yang ada di bawah

dan kau rasa dunia kau seakan gelap
dah tersungkur diinjak-injak gorila
kau masih mencari sinar.
kau masih letak pengharapan pada Dia

kau tahu kenapa Allah bagi ujian?
ujian untuk kenal erti redha
redha dan belajar erti melepaskan
dan kau belajar
rezeki itu Allah bagi dari arah yang tak disangka-sangka

Allah ingin ajar kau
 1 benda
bahawa tersungkurnya kau di bumi
masih ada Dia untuk pengharapan

Rezeki yang diberi adalah ujian buatmu
ujian untuk dirimu dipertanggungjawabkan

adakah kau bertukar menjadi org yang tak bersyukur?
adakah kau menjadi riak, bongkak dan takbur?

jadilah kau manusia yang namanya tidak dikenali di dunia
cukup sekadar rakyat kerajaan langit mengenalinmu
cukup sekadar malam-malam mu penuh dengan rintihan doa dan air mata
sujud pada Allah







Friday, 29 July 2016

Al-quran di bumi waqofan

assalamualaikum

Alhamdulillah masih syukur aku ke Allah
aku masih diberi kesempatan untuk ke bumi waqofan selepas 4 tahun
tidak menjejak kaki ke sini

tidak ku tahu
tarbiah masih sama atau tidak
semua bergantung pada batch itu sediri
kekuatan ukhuwah batch itu sendiri untuk
menaikkan nama kisas di atas
terasa seronok kerana setiap laluan ku ada yang memberi salam
sungguh itu antara benda yang paling aku rindui.
salam dan senyum di sekolah tanpa henti
sampai kau penat untuk mejawabnya

hurm,
masuk kelas 512,
seronoknya rasa masih sama
deretan Al-quran di atas meja setiap pelajar
masuk kelas 501
aku,hazira dan izzaty gelak
masih sama interaksi antara muslimin dan muslimat
hanya menulis di whiteboard
tidak bercakap, hanya ditulis atas kertas atau whiteboard
kitaorang gelak sebab semua tu telah kami lalui.

sekolah ini punya kekuatan sendiri
sekolah ini punya aura tersendiri
siapa kata sekolah ini tiada non-muslim
ada cina, dan india ya
cikgu cina dan india
dan sungguh baik.
masih aku ingat ada yang menghadiahkan Al-quran pada
cikgu non-muslim sebab dpt A
punya dia nak cikgu tu peluk agama islam.
tapi hidayah itu milik Allah.

paling seronok jumpa cikgu
cikgu, kami merindui cikgu
hubungan dengan cikgu sangat baik
kami ingat kat kisas sekejap.
balik lewat ok sebab cikgu borak dengan
 kami seaakan tidak mahu berhenti
cikgu layan kami dengan baik sekali
walaupun dia sedang ada kerja

jagalah tarbiah bumi ini
sebab sesungguhnya
bumi ini bukan terletak bertapa pandainya pemikiranmu
bumi ini terletak pada keberkatan dan keredhaan.
andai resultmu tidak mencapai apa yang kamu inginkan
check balik hubungan kamu terhadap agamamu
mungkin tak nampak
bila dah keluar meninggalkan jejak baru tahu
rahsia sekolah ini.



Thursday, 28 July 2016

surah yusuf

assalamualaikum

aku suka surah waqiah sejak kecil lagi.
dan
seterusnya aku suka dengan surah yusuf
hati aku akan rasa tenang
kalau aku sedih
aku akan baca surah yusuf
kerana bagi aku
alunan surah yusuf itu menenangkan
walaupun aku tidak faham maksudnya
tapi aku suka surah yusuf.

andai diberi peluang
aku teringin nak jumpa nabi muhammad dan nabi yusuf
amin


Monday, 25 July 2016

Bumi KI

sedang ramai sibuk beraya ke rumah sahabat-sahabat
sedang ramai berkumpul, dan konvoi raya rumah ke rumah

pasti ada yang akan singgah ke bumi ini
ingin dikutip kenangan bersama
ingin melawat murabbi tercinta
ingin mencari semangat jihad yang bersisa
ingin mencari erti islam itu semua

sedang dunia terus hanyut dengan hidonism dan sekularism
maka sama
aku juga manusia yang pelupa akan wadah islam
aku juga terkadang membiarkan diri ku terus hanyut
kerana
dunia ni kejam.
kejam dan rakus mengheret aku terus melangkah pergi
meninggalkan segala amalan yang telah aku lakukan dalam bumi KI
masihkah anda laksanakan amalan-amalan KI?

dasyat laa kehidupan di situ
"tapi itu semua tidak penting, yang penting lihat hasilnya selepas keluar"
kerana kau bukan picisan
kau bukan serpihan
kau adalah pipit yang hendak menjadi helang.

kepada alkis, junior dan mereka yang bercita-cita
ingin melangkah ke bumi ini
hargailah apa yang ada dibumi ini.
tenyata andai ulama tahu kamu mempersiakan peluang yang ada
dia pasti sedih.
i think there is up to 6 unique things right?
yeah,
jagalah bumi waqofan ini.
kerana aku jumpa islam yang sebenarnya hanya di sini.
keluar sahaja pagar KI,
itulah dunia sebenar.

Feeling of you

kalau ikut rasa yang bertanda , memang ada je manusia dan beberapa perkara yang lama dah nak digenggam erat dan dipeluk rapat.

tapi Tuhan tidak mengizinkan. Dan kebanyakan perkara, Dia belum tunjuk untuk ditermah tafsir dengan bukti depan mata. So, doa dan usaha selagi badan dikandung badan.

thanks kepada yang sudi menulis kata-kata seindah ini buat diriku.

terkadang kita rasa sedih.
sedih yang entah kenapa hadir dalam diri.
tak tahu untuk diluah pada siapa
sedang terkdang punya manusia untuk mendengar tapi jauh di sudut hati
sepanjang mana pun aku terangkan
dia tak akan rasa sama dengan apa yang diri ini rasa.

andai tidak bahu untuk bersandar,
masih ada lantai untuk disujud.


22/7/2016

happy birthday to my beloved friend
i know that i don't have enough money to make a big event to you
i was so sorry about that.

you are beloved friend
thanks of being stay beside me
thanks because you still accompany me in
this university

i'm sorry
maybe i'm not such a good person
but i try to become the best friend that you have

i hope that all your wish come true

tiada manis sebaris kata ingin aku nukilkan buatmu
tiada madah seindah pujangga ingin aku titipkan buatmu
hanya Allah yang mampu membalas segala jasamu.

dan langit tak selalunya cerah
mungkin kita sering memohon agar keidupan kita
seindah sang pelangi
tapi kita lupa perjalanan hidup kita atas aturan Allah.
apa-apa pun semoga rezeki kita Allah titipkan buat kita
pada masa yang terbaik.

Thursday, 19 May 2016

iium

when i got message 
how many t-shirt, clothes, tudung putih?kain putih?

wah.. 
welcome to the garden of virtue

almost 3 years.
such a strong enough right?
i still in iium

how rebel i am?
how cruel i am?

i don't want to enter this university.

hopefully,
master and phd.
amin.
you are still have time faizah.
chill.

goodluck for adik-adik yang nak masuk iium.
it is on your hands.







ramadhan

assalamualaikum
waiting for ramadhan this year.
tak sabar rasanya ingin ke bulan ramadhan

itu yang aku rasa
tapi jauh di sudut hatiku.
aku takut untuk rasai ramadhan.
sebab there is something happen to me for ramadhan last year
yes, cukup 1 tahun. genap setahun.

but
hopefully, there is something spark in my life
for good reasons.
Amin.
for good reason.
i always pray that Allah will give the best one
Allah give me the beautiful one
for the journey in iium

for sure, all people do not want something bad happen
for their journey
thus, keep praying
may Allah ease everything for me

Tuesday, 17 May 2016

the team

thanks Allah
you give me the opportunity to have such a beautiful family
yes, my life become colorful with the team

do you know, feeling of giving food for people who really need it
want to survive in this world
with this activity i don't have time to cry in iium

biarlah namamu tidak famous di mata dunia
tapi namamu terkenal di kerajaan langit

siapa itu dan apa itu skp?
apa the team?
tak pernah tahu pun.
"faizah, orang yang tahu skp, adalah orang yang betul-betul memerlukan"
hahaha ok betul laa tu

kerana makanan kita bersama.


form 4

pernah sekali aku tanya
kenapa kena belajar benda ini.
aku masih muda
aku tak nak belajar benda ni
wei, berat wei. aku jugak 16 tahun seperti manusia lain
manusia di sekolah lain

aku malas hendak fikir semua ni
kenapa kena belajar benda ini.
aku nak enjoy.
muda kot.16 tahun.
hati aku memberontak
tak nak belajar pasal benda ini semua.
tapi dalam hati jelaa.
membuat aku terfikir.
masih punya banyak masa lagi untuk belajar
tetapi

kerana kau bakal menjadi umi
umi pada anak-anakmu
kerana anak-anakmu bakal menjadi penggerak ummah
hebatnya lelaki itu dek tangan yang menghayun buaiannya

faizah, nak lahirkan zuriat yang hebat
dari sekarang la faizah.
bukan nanti. bukan esok nak nikah baru nak buka buku.
bukan dah nikah baru nak kaji cara didik anak ikut islam
nak tengok anak, generasi islam akan datang lihatlah isterinya.

terdiam,
terdiam sekarang jugak dalam surau kolej kampung jawa.
kenapa?
kerana sekolah ini niatnya
nak melahirkan generasi islam.
generasi seperti sultan muhammad al- fatih
generasi al-quran.

haha jangan tanya aku laa
berapa banyak hafalan al-quran yang aku ada waktu form4
kosong.
sedang orang lain sudah bermuka-muka surat.
ohhh, time tu aku rasa aku sangat jahil di atas muka bumi Allah.

bukan faizah,
kau masih belum terlambat
masih banyak tangan yang menghulur tangan

mungkin dulu aku bertudung saji hanya kerana adat
tapi
sekolah ini membuat tudung saji
bukan sebagai adat.
tapi sebagai perisai diri.

tapi
sebenarnya diri sendiri
Allah dah bagi jalan
pilih nak A atau B

ehh
jangan salahkan mereka
andai mereka tidak seperti yang kau sangkakan
sungguh kami juga manusia
penuh dengan kejahilan
kami tidak sempurna
anda mungkin penyempurnanya
jangan kau persis gaya skeptical kata
"sekolah agama, kenapa tak itu ini"

Allah, terima kasih kerana menegur.
inilah cabaran kami.
kami sangat takut untuk hadapi dunia
percayalah waktu form 5 dari kolej ini
akan titip di bibir kami ,
kami takut dengan dunia luar
dunia universiti.
dunia yang penuh dengan darah dan air mata
dunia yang menghukum tanpa sebab
sedang kami hanya ada 2 tahun di sini
untuk perbaiki diri kami.

sungguh, andai di beri peluang
ingin sekali aku pergi usrah di sekolah ini
usrah yang tak pernah judge aku siapa
usrah yang tak mendesak aku apa-apa
usrah yang mendekatkan aku dengan Allah.







bingkisan rindu

assalamualaikum
yeah, my friend always said that
faizah, aku tak pernah percaya kau sekolah agama.
gaya kau langung tak ada sekolah agama

woah!!!
lagilaa aku budak kolej kampung jawa?
hahah
tak apa laa biarlah orang tak tahu
tak nampak aku sekolah agama ke tak

kerana perkara yang paling takut
bila mana orang nampak kita baik
tapi sebenarnya tidak.
malah kita hina di mata Allah.

don't worry
aku tetap aku
yang sangat susah untuk kau ubah aku
melainkan kau punya alasan kukuh untuk ubah aku.



kisas

this is the best school ever.
promoting this school because it is so awesome.
you need to know that the sweet moment is form 5.
yeah, Kisas will lead you to become great person.

i'm batch 57.
yeah. i'm proud to become kisasian.
it is because we want to bring Islam top on the world.

i hope that people who get the opportunity to enter this school.
go!
i dare you just only for 2 years.
you will know what islam is.
for me, i meet islam here.
islam for life.
islam with the great leaders.
let's lead the world.

if your alkis.
congratulation!
you did it.
only kisasian know how awesome kisas is.
can't be describe to others.
you need to feel it.



Monday, 2 May 2016

fake face

terkadang kita hanya mampu tunjukkan fake face
terkadang kita hanya mampu untuk senyum
agar orang sekeliling kita turut sama senyum

"kakak, kawan awak tu bahagiakan?"

mungkin orang nampak bahagia itu pada terpancarnya kebahagiaandi wajah dia
tapi orang tak tahu, dan tak perlu tahu.
dia sebenarnya punya masalah.

adik, semua orang punya masalah.
masalah yang Allah bagi sebagai ujian
untuk dia kuat.
untuk dia jadi jauh lebih hebat.

adik, tak perlu kau tagih kasih dari manusia
kerana manusia paling2 kata
kesian kau faizah..
tapi mengadulah pada Allah.
Allah akan makbulkan setiap doa kau.

aku harap mungkin bukan sekarang mungkin bukan esok.
tapi aku harap satu masa nanti.
the perfect time.
i can get what that i want.

aku selalu tanya Allah,
moga jalan yang kau beri ini 
ada hikmahnya. 
mungkin kau hijabkan aku melihatnya.
tapi yaAllah , biarkan aku merasa bahagia di sini.
walau aku sering menangis di malam hari.

ujianmu sungguh berat.
tapi aku harap aku mampu untuk teruskan kehidupan ini.


Saturday, 30 April 2016

love

i love you
more than words.
you grow up now.
become a good boy.

"mak ucu, nak tidur sebelah mak ucu"
tidur laa sana..
tak nak.. dia heret bantal tidur dia and bantal peluk dia.

let recite doa.
hahaha baca doa 3x tak tidur pun dia.

zarif, bantal ni bau apa ni???
bau zarif laaa.
bau susu zarif.. hahah
zarif, nanti dah besar nak beli kereta apa?
"zarif, nak beli mcqueen"
wow,, mak ucu punya?
"mak ucu punya warna merah laa mcqueen
beli jugak la aku mcqueen
waa sport car laa zarif..
hahaah

nanti dah besar,zarif nak beli
helicopter..
mak ucu beli airplane..

airplane ok.. jgn main2..
then, he wake up and want to bring big truck,
then, he wake up again and bring another 3 lorries.

can you imagine? the bed itself.
hahaha..
makucu dah nak jatuh tilam daa 1 big truck,3 lorry
zarif, jom tidur jom.. let's sleep together..
let's recite doa..
"makucu,..."he whispered
nak ballon.. tu.. 2 ballons
tidur dengan balloon ke aku...
i'm sleepy and i'm nagging
pnb please don't give ballons to children please.
alamatnyaa aku tidur kt lantai laa
1 bigtruck,3 lorry, and 2 ballons.
"shh.. tidur2"
hmmm, nak susu laa, zarif said.
zarif, zarif dah kencing belum?..
abis laa aku kena kencing malam ni dengan zarif..

hahah..
then, he wake up and go to his mum.
ibu,nak susu..

omg,zarif dah besar.
banyak cakap daa.
banyak soalan.
critical thinking untuk dijawab.

and at the end dia tak tidur aku dah tidur dulu daaa.


Saturday, 16 April 2016

Ilmu

assalamualaikum
ilmu itu sungguh boleh didapat di mana-mana
sungguh, Allah kau sebaik-baik Perancang.
dan dunia seindah ini kau hantarkan aku ke dalam uia
untuk menuntut ilmu

semakin kau meningkat dewasa
semakin kau tahu erti ilmu.
semakin tinggi kau dengan ilmu
semakin org menyanjung kau tinggi.

dan sampai satu tahap aku
takut pada ilmu yang aku ada
 menyebabkan aku leka
mendatangkan penyakit di hatiku
riak mula menyelubungi diri
dalam erti kata lain,
kau semakin angkuh

dalam kegelapan aku pohon pada Allah
temui aku jalan untuk aku hapuskan perasaan ini.

dalam sujud ku,
jauhilah aku dari perasaan riak , bongkak dan takbur
sungguh, segalanya milik Allah.
kau tahu, rezeki itu datangnya dari Allah
maka pohonlah pada Allah.
terima kasih,
 kepada tangan-tangan yang sudi
datang membantu.
terima kasih kepada orang yang sudi datang dan
 ucapkan terima kasih

pernah aku terbaca seorang yang memilik phd,
sanggup cuci tandas kerana untuk naturalkan diri balik.
dia takut ilmu yang dia miliki itu
menjadikan dia angkuh pada Allah.

lakukanlah sekecil-kecil kebaikan kerana kau tidak tahu
pahala yang mana menghantarmu ke syurga.
moga Allah masih lembutkan hati kecil ini untuk terus membantu keluarga baru ini
yeah, aku jumpa keluarga baru.
keluarga yang bagi aku penuh dgn semangat kesukarelaan
"pandai-pandailah bahagikan masa" pesanan abg long.

moga pekerjaan ini,
dapat menyucikan hati-hati kami
hapuskan sifat riak, angkuh dan bangga diri dalam hati kami

semakin kau tinggi di atas,
kau semakin lupa nasib orang dibawah
maka selalu-selalulah pandang mereka di bawah.

rajin-rajinlah sedekah
abah kata, sedekah itu investment
nak kaya sedekah
sebab apa?
rezeki Allah luas.
Allah datangkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.

andai aku punya rezeki lebih
andai aku bergelar accountan satu masa nanti.
mungkin aku juga boleh belanja seperti mana
mudahnya tangan dia mengulur note-note duit
"nah, pergi bayar untuk semua. tak cukup kau topupla"

sejujurnya aku terkejut
mulianya hati mu. mungkin sedekah hari jumaat
moga rezekimu luas
mudah saja.
terima kasih Allah.
Allah bayar cash.
benar kata abah. andai kau rajin bersedekah
rezeki mu luas.
belum 24jam.
cukup 2,3 jam sahaja.
janjimu itu pasti Allah.



Monday, 11 April 2016

MERCI

assalamualaikum
Allah ampunkan dosaku. sesungguhnya aku sangat hina. ternyata aku makin dihimpit dengan timbunan kerja yang banyak. asignment bertimbun-timbun.
sejujurnya subject makin berat. siapa kata cm senang ya Allah. aku takut. bantulah aku. gugurla air mata ini kerana peritnya.
"jika kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong kamu." terkadang aku sangat takut.

ada orang berkata" faizah, kau tak nak ke masuk apa-apa society? kau tak nak sijil ke? "
deep. aku diam membisu. kerja aku juga banyak kerja masakan mampu untuk aku tambah lagi masuk society. balik kg, mesti ada yang cakap " faizah, kau dah tak aktif ke kat u? tipulaa.. dulu semua kau bolot. kau faizah, bagi je apa-apa. " hatiku berkata tidak di uia.

"jika kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong kamu"

siapa kata aku sempat study?
siapa tak nak punya masa join segala society yang ada dalam uia merebut segala sijil
sebagai mana aku dulu.
pemenang sana sini.
nama terpahat di mata semua orang.
ahh itu zaman dulu.

aku sejujurnya terkadang tak punya masa untuk ulang subject aku.
aku hanya pohon agar Allah bantu aku.

aku suka buat kerja aku sekarang.
kerana aku terima nilai erti kasih sayang yang baru.
aku risau
pernah sekali aku tanya kenapa makin sikit org yang datang ingin hulurkan bantuan
mungkin semua org semakin sibuk kerana

tiada istilah balasan aku terima masuk benda ini.
tiada istilah sijil terpahat namamu seperti dulu
tiada istilah star point yang bakal kau raih untuk benda ini.
tiada istilah apa-apa.

moga Allah bantu.
itu sahaja aku pinta.
moga dapat aku bina mahligai indah di sana.
itu sahaja harapan aku.
kerana aku tidak punya apa-apa
investment untuk akhiratku

moga lahirnya insan yang sehebatmu.
moga lahirnya dari rahim ini insan sebaik itu.
memberi tanpa mengharap balasan apa-apa.
kerana

apa itu financial crisis?
saat kau memberi pada saat kau juga memerlukan.

lakarlah namamu di sana bukan di sini.

jadilah perempuan yang baik di langit sana.
sungguh, perlukan pengorbanan yang besar.

tiada siapa tahu apa yang kami rasa
moga kepenatan ini Allah rawat
dengan sucinya tenaga baru dengan IzinNya.
moga air mata yang mengalir ini
kau gantikan dengan wangian syurga.

benarlah kehidupan di university mengajar
kau erti hidup yang sebenar.

didiklah hati sekarang untuk
tidak rakus pada nilai duitan
saat kau kerja nanti,
moga kau jadi akauntan yang hebat atas nama islam.


Friday, 12 February 2016

the perfect muslimah

assalamualaikum.
cita-cita untuk tulis buku ni dah lama tapi sekadang baru ada masa. yeah, sesungguhnya, aku jatuh cinta pada penulisan buku ini yang bertajuk the perfect muslimah karya Ahmad Rifa'i Rif'an. bagiku buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh sesiapa sahaja terutama mereka yang berumur awal pangkal 2 dalam kehidupannya. buku ini khusus buat perempuan tapi lelaki nak baca pun boleh kot2 nak tambah iman. terima kasih kepada kawan sekolah lama yang bagi pinjam buku ni. ohh, ok buku ni tak tahu ada dekat malaysia ke tak. sebab kawan beli dari negara tu sendiri. sungguh, wajib dibaca untuk sesiapa yang punya impian untuk jadi bidadari syurga.
jagalah akhlakmu, jagalah matamu, dan jagalah mulutmu kerana zaman dahulu orang cakap perempuan itu membawa fitnah kepada dunia. tapi rasul angkat darjat kita semulianya. Tapi kini zaman postmodernism ayat lebih scientific "mulut perempuan macam virus". it is same. cuma zaman sekarang lagi dasyatlah sebab dulu belum datangnya islam tapi sekarang islam itu ada tapi terpinggir.
 "anak muda yang akan sukses besar..
tidak mudah silau oleh kecantikan bedak dan sasakan rambut product salon. Dia mencari wanita yang indah hatinya, yang manja lebih tapi galak dalam membela, yang matanya dijaga hanya untuknya, yang memelihara kecantikan yang sederhana itu sampai masa tua, yang melahirkan anak-anaknya yang sehat.cerdas dan lucu. yang akan membantu suaminya menjadi pribadi yang sukses dan berpengaruh dan yang akan menjadi sahabat bagi kebahagiaan satu sama lain dalam umur yang panjang dan sehat. "
ni antara tulisan dalam buku tu.
tapi jangan kau fikir duhai anak muda yang bernama Ar-Rijjal. untuk memiliki impian perempuan sebergini dengan akhlakmu seakan tipis. dirimu murah dimata perempuan. namamu dicanang seindahnya di bibir perempuan. jangan mimpi. kerana perempuan ini tidak layak buatmu. kenapa aku berani cakap sebab Allah dah tulis dalam Al-quran, 
"perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"
semakin aku dewasa, semakin aku mengerti ayat ini, baik. baik yang Allah cakap disini sangatlah subjective dan sangat susah untuk dicapai. 
allah tak cakap "perempuan yang cantik untuk lelaki yang hensem"
tapi Allah cakap perempuan yang baik. 
dalam buku versus, nukilan hlovate, 
"baik dimata Allah tak sama dengan baik dimata manusia."
jagalah akhlakmu kerana kita tidak tahu di titik mana satu adalah turning point di mata Allah untuk katakan kita baik dimataNya. sungguh, itu adalah rahsia. 

"sekecil apa pun godaan yang datang, jika manusianya sudah memutuskan untuk menyerah pada hawa nafsu, maka tak butuh waktu untuk terhanyut"m/s190
bukan kita yang kalah atau dikalahkan oleh nafsu. tapi ada beberapa kemungkinan dan salah satunya kerana kita yang memutuskan mengalah terhadap nafsu. dan sebab apa? sebab kita manusia biasa bukan malaikat. atas sebab apa? salah satunya kerana ia menggampang-gampangkan dosa.meremehkan maksiat kerana lupa kematian itu bisa datang tepat saat is sedang bermaksiat. m/s 193.

teknologi itu bagus dan juga penting bagi mereka yang memerlukannya untuk kebaikan tapi teknologi juga memusnah sifat malu yang ada dalam diri seorang insan yang bernama manusia. setiap teknologi yang tercipta ada kelebihan dan sudah pasti ada banyak keburukan. kalau tidak, tak adanya tercipta segala bentuk laman social yang ada melainkan hanya untuk merosakkan minda umat islam. opps, aku bukan terlampau jumud di sini. gunalah. semua itu bagus, kita kena balance tapi aku masih ingat dalam kelas ungs 2040, ustaz cakap, semua itu melalaikan kerana ia mencuri masa muslim yang sepatutnya boleh digunakan untuk menbuat kerja lain. contoh assignment ungs2040 tapi tanpa sedar sudah 30 minit jadi stalker insta perempuan dan lelaki. sebab nak tahu perkembangan sesama crush masing-masing. 
waktu tu, dalam hati cuma terdetik " mesti ustaz, nak bagi assignment lagi minggu ni" hahah 
mestilah betul apa ustaz cakap. kalau tidak, dia tak akan jadi lecturer subject ungs2040. nampak tak di sini bahawa hilangnya satu sifat iaitu malu dalam diri seorang muslim? 1. orang yang upload gambar. sukalah upload gambar sebab seronok satu dunia tahu pasal aku. 2. orang yang melihat sebab kita stalk tanpa pengetahuan tuan punya insta. tapi don't worry,Allah tahu. dan dia catat. 
"kerana kita lupa bahawa kematian bisa datang tepat saat ia sedang bermaksiat"

dan sekarang fikirkanlah gampang or enggak mau jadi baik? dimata Allah. tak kisah la lelaki ke perempuan. 

solusi, 
bukan perempuan sahaja perlu menjaga diri, tapi lelaki juga.
aku masih tercari-cari kebaikan laman social bermula huruf i tapi masih belum jumpa. 
sebab ianya gambar yang dipaparkan hanya untuk dapat ribuan like dan famous di mata manusia. 
 tapi don't worry, kawan aku cakap insta famous kebanyakannya jadi kaya dan boleh buka kedai sendiri sebab jual barang macam baju apa semua tu. sungguh, itu materialistik.
tapi still valid laa alasan kawan aku ni. 

terima kasih buat sahabatku dari sekolah lama yang sudi pinjamkan buku ini kepadaku.
jadilah perempuan/lelaki yang baik dimata Allah, bukan baik dimata manusia. sungguh, takut andai baik dimata manusia tapi hina dimata Allah. itu sia-sia. 

jangan kau tagih duniawi kerana ia menghancuri.











Wednesday, 3 February 2016

thanks

assalamualaikum.
thanks to Allah because he give me the opportunity to continue my study in iium.
i do not know how to react because i think i can't to enter department. it is because the question that come out in final was so difficult. i want to cry during the exam. if i can't to enter to department, i will go to another university which is i do not know where. but, Alhamdulillah, i still get the opportunity here. so, i will continue my study within 3 years.
i'm happy. i get best lecturer. i get more friends. hmm, just enjoy in 2016 with Allah plan. this my hope. i still have my own dreams. i still want to touch the sky. i still want to go to LSE. when people want to talk about marriage, i will think again and again. haha yeah, our goal is not same. so, i want to study. jodoh tu biar datang sendiri.


Saturday, 9 January 2016

Bajrangi Bhaijaan

assalamualaikum,
this is the next movie. i love to watch it.
we need more people with clean heart on the world.
if you have time, watch it.
the relationship with someone that you do not know. with the heart, you help others.
siapa tak nak wei lelaki macam tu?
sebab tu laa kareena kapoor nak dia.
macam selalu,
if you really want someone that you think he will fixed your heart.
try to do it first.
Allah will give you the best.
beauty is subjective.
the most important things, heart.


rezeki itu milikNya

siapa tahu saat kau sedang sedih. kau cuba untuk bangun untuk cari kekuatan 
kau sujud kepadaNya mohon pertolongan.
maka Dia berkata kepadamu
 "seseungguhnya kepunyaan Allah segala yang ada dilangit dan di bumi.." surah yunus:66
makanya pohon kepada Dia. Dia rindu tangismu di malam hari. 
ujian itu Allah bagi untuk kau tahu bahawa Dia yang maha berkuasa.
terima kasih kerana kau beri rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.

kau lihat sahabatmu. 
andai dia begitu maka lihatlah umminya.
maka hebatlah seorang ummi dalam mendidik sahabatmu sehingga jadi begitu. 



Saturday, 2 January 2016

make a time for what you love

assalamualaikum 2016
watching the little prince movie.
it ok to be sad.
it ok to scared
 it is only with heart that one can see rightly.

what the meaning of fame
what the meaning of power
what the meaning of money

you have to know that 2016.

the world become too cruel
the world become too rude
toward human beings.

we decide 
what we want
fame,power,money?
or
peaceful?

what the essential is invisible to the eyes

this movie is not for children.
this movie is for parents.
this movie is for people who want to enter the world
of marriage.

marriage is not for sex only.
it is how we want to build our future ummah.

2016,
beloved country 
the news come out with something funny.
i'm scared with future generation.
when there is no islamic civilization.
the country will collapse. 

just enjoy the movie of the little prince.
i don't to make any review.
it is just recommended from me. 
-get out of your comfort zone-