Wednesday, 27 August 2014

there is hope, there is life

assalamualaikum.
 the fault in our stars. yes, aku tak nak tengok pun, tapi ada laa seorang hamba Allah ni ajak aku tengok sampai merayu2. hurm, this is the story about love. aku tak suka sangat tengok cerita love kat wayang. tapi oleh kerana kawan, aku layankan jugak laa.
aku dapat kata-kata tu.. there is hope,there is life. ayat itu sangat mendalam. selagi ada harapan, selagi tu kita kena teruskan hidup. bagi aku,selagi kita masih diberi peluang untuk hidup,belajar dan mencari apa itu erti hidup. kita kena teruskan juga. mungkin terkadang kita tak dapat apa yang kita impikan. terkadang kita sakit, kesakitan itu pula menghalang kita untuk capai impian kita. ohhh sedihnya. yes, ada je impian aku yang tak dapat sekarang ni. dan cerita tu... membuatkan aku nangis. haha orang dlm wayang nangis sebab memang sedih ending cerita ni. love part la tp aku sedih sebab aku relate dengan diri aku sendiri. yes, kehidupan perlu diteruskan. kita juga perlu hargai semua orang disekeliling kita . terutama yang sentiasa ada disisi kita. yang gembirakan hati kita. walaupun terkadang aku tak suka untuk berada di sisi. hadir ku di sini tanpa rela. tapi ku pujuk jua hati ini untuk terus hidup.
terima kasih kepada semua yang sudi terima diri ini dalam hidup mereka. walaupun aku tahu, terkadang sangat susah untuk layan kerenah aku. itu aku tidak nafikan.
there is hope, there is life. selagi kita mampu untuk bangun. bangunlah, heretlah dirimu untuk bangun. walaupun terkadang sedih dengan result midsem fail kot. hurm tp percayalah pada diri kita bahawa kegagalan itu merupakan satu titik yang mana kita mencuba sesuatu. biar kita cuba sesuatu dari kita duduk berdiam diri tak tahu apa-apa. aku memang busy. aku sengaja busy kan diri aku supaya aku terus terleka di sini untuk terus hidup daripada dari manusia tak bernyawa.

Thursday, 14 August 2014

malam

assalamualaikum,
saat siang yang tanpa henti, orang semua sibuk dengan urusan masing-masing. aku heret roomates tercinta pi dinner dekat depan cafe makcik.hehe walaupun aku tahu, minggu tuadalah minggu periksa. tapi entahlah, malam tu ada bulan yang sangat cantik. itu memang aku tak nafikan. it is so beautiful ok. sedar tak sedar, aku dah 3 sem dengan roomates aku. bagi aku diaorang penyeri hidup aku. roomates aku cuma ada 3 orang jee termasuk aku dalam bilik ada laa 4 orang. sebenarnya, kita memang berbeza. tak sama langsung,yang sama cuma gender(female) hehe.. atie,iwani dan farah.

atie,
hurm, dia ni baik orangnya. hehe(muka jahat) habis la aku kalau dia baca blog ni. mohon ampun ya atie. bagi aku atie seorang yang baik dan suka berfikir. apa-apa semua nak fikir. sebelum nak jawab soalan dia, aku akan pastikan aku fikir dulu dengan baik agar hujah aku berintelektual. walaupun apa pun aku sayang kau. terkadang aku pernah je cerita masalah aku dekat ko, ko la suka dengar dan tolong selesaikan masalah aku. mungkin allah hantar engkau dekat aku. mungkin engkaulah orang yang baik dan sekepala dengan aku. walau terkadang aku rasa tak mampu untuk berdiri di sebelah kau.

farah
farah, seorang yang suka kawan dengan laptop dia. dia ni busy. walau ak pun terkadang pelik dengan dia ni. apalah yang dia busy sangat wei.. kitaorang pun orang atasan jugak haha tapi dia ni macam yb dalam bilik ni. farah suka bercerita, dan aku suka dengar cerita dia. walaupun panjang tapi aku suka dengar sebab di sebalik kepanjangan cerita dia tu, terselit satu keunikan yang tak ada dekat orang lain. kau selalu buat aku tersenyum.

iwani,
dia ni baik dan urm lembut orangnya. tapi don't judge a book by it's cover. itu je yang mampu aku fikir tentang dia ni. tak terjangka. rupanya dia macam ni. sejujurnya dia seorang baik dan suka tolong orang. haha aku suka moment kita sama-sama suka tengok doctor stranger. ahhahaha. sweet.

aku dah jumpa persamaan mereka, mereka suka buli aku. itu betul. huhu tapi buli korang tu laa yang membuat aku tersenyum. mungkin itu cara korang untuk rapat dengan aku. dengan cara itu korang kacau aku. dengan cara itu korang gelak-gelak dengan aku. tak mampu untuk ku lafazkan tapi hanya mampu dapat ku tulis sedikit tentang kalian di sini, aku sayang korang. susah senang kita bersama. aku pun sedar aku tak sebaik mana. terkadang aku ada sakitkan hati anda semua. mohon ampun dan maaf. ya.. aku bukan kain putih kain ku penuh dengan corak. jalan kita tersangat berbeza. hidup kita sangat berbeza. tolong jangan fikir aku sebaik-baik manusia. aku juga punya sejarah silam yang korang tak tahu. tapi terima kasih kerana pernah jadi kawan aku. terima aku. aku suka kawan dengan korang sebab korang terima aku seadanya. aku tak punya apa-apa. tapi korang tetap terima aku dalam bilik ni. thanks.
terkadang kita tak nampak, allah utuskan kawan sebagai penyeri hidup kita. kita selalu doa agar diberi kekuatan. rupanya allah tak bagi direct. allah utuskan kawan yang sentiasa disisi kita.
mungkin, jika tak masuk uia,aku tak jumpa species orang macam korang. haha bak kata atie , budak bilik ni rare sungguh. hahaha the best part is korang sempoi kalau nak cerita apa-apa.
lama laa tak tulis blog. ni antara hadiah untuk diri sendiri setelah habis mid sem exam. hahah jangan lupa final ada lagi yee ..

Thursday, 7 August 2014

experience is priceless

assalamualaikum.
hurm, semestinya aku semakin busy dan dah tak menang tangan di sini, tapi aku suka. nak tahu kenapa? ok sebabnya tajuk di atas itu. ye aku tahu ada sesetengah orang cakap "lantak kau laa nak buat apa pun, asalkan hidup aku tak kacau orang dan aku nak study" ye aku tahu. mungkin ayat di atas ni ada pada sesetengah orang di atas muka bumi ini. from my perception, if you are talented to do somehings.. why not you just to make it. yang paling penting niat kita. keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu. cuba fikir apa yang kita nak sebenarnya dekat u ini. jika diberi peluang untuk handle sesuatu, cubalah . anggap itu sebagai satu cabaran. sejujurnya bukan mudah untuk handle sesuatu majlis atau society. kita baru lagi hendak bertatih. kita masih belajar dan inilah masa untuk amik segala ilmu yang ada di atas muka bumi ini. mungkin sekarang kau tak nampak "kenapalah aku kena buat semua ini." tapi percayalah, kita akan gunakan ilmu ini di masa hadapan kita. mungkin bukan sekarang, mungkin pada saat kita kerja nanti. kalau dah waktu kerja baru nak tahu itu ini.. terlambat laa biar sekarang kita belajar sebab kita masih bergelar pelajar bukan pekerja. from business to welfare society. sejujurnya aku happy. walaupun terkadang aku terasa sangat bila kawan sebilik aku atau tak kisah sesiapa pun cakap aku curang. bukan mudah untuk aku lepaskan business. tapi sekarang aku bersyukur aku dah ada keluarga baru(welfare). aku sayang semua kawan2 aku di sini. dan aku mintak maaf kepada sesiapa yang pernah bekerja dengan aku, aku buat silap ke salah ke.. huu mintak maaf yee...