Friday, 19 May 2017

tempat yang sang dirindukan

sungguh, aku merindui bumi itu
rumah Allah yang dipenuhi orang. dilimpahi dengan rahmat dan hidayah dari Allah.
sungguh penuh ketenangan.
tempat sujud yang penuh dengan tangisan dan pengharapan.
terima kasih buat mak dan abah yang sudi membawa aku ke tempat suci itu
mengajar aku erti rindu .. kerinduan pada Allah, nabi muhammad.
aku sangat ingin Allah mengambil nyawaku di bumi madinah. sungguh. hanya orang yang terpilih sahaja aku mendapat kejadian itu.
moga Allah memberi izin buat ku untuk ke sana lagi.

Saturday, 24 September 2016

happy birthday

assalamualaikum sher.

blog aku ini ku tujukan khas buat kau

maaf andai sepanjang perkenalan kita
aku ada mengguris hati kau
mungkin zaman bangku sekolah dari belakang dalam kelas yang belakang
opps, tapi student dia superb2 walaupun kelas akhir.hahaha
buktinya penduduk-penduduk dalam kelas belakang laa..

 sher,
teruskan hidup kau
walaupun pahit macam petai
tapi itula kehidupan yang selalunya
menghimpit hidup

sher
dalam kehidupan ni sangat sukar untuk percaya orang
mungkin kesedihan yang kau rasa dalam
nukilan kau di kisah dari syurga
tidak dapat aku selami sepenuhnya.
tapi aku nak kau tahu
hadirnya aku hingga di rumah kau
adalah takdir Allah
dia sebaik-baik perancang
aku nak kau tahu
dalam kehidupan masih ada orang yang sayang kau
masih ada kawan yang cuba untuk kau pergi
jika berlaku apa-apa.

sher
walaupun jarak memisahkan kita
walaupun senyap bisa  mencengkam hati
tapi masih ingat kata-kata kau?
walaupun kita di 2 dunia berbeza
kita masih memandang langit yang sama

sher
semoga kau berjaya dalam kehidupan kau
teruskan berjuang atas nama seindah namamu.

happy birthday sher yang ke 21

Thursday, 22 September 2016

ujian

Assalamualaikum

selalunya kehidupan ini penuh dengan perkara yang tak di sangka
kau usaha,
kau yakin kau bakal dapat apa yang kau impiankan
tapi
Allah tahan doa kau.
dia tak bagi apa yang kau inginkan.
kau kelu
kau nangis
kau tak tahu arah mana
kau sujud, kau kata kat Allah,
aku dah usaha, kenapa kau tak bagi? kau bertanya?
tapi Allah biarkan kau
sebab Allah rindu rintihanmu di malam hari
sebab Allah rindu pada umat islam untuk berkata-kata dengannya.

sehingga kau kaku
sehingga kau rasa doa kau tak dijawab
dan kau bahkan ingin pergi
dan kau bahkan rasa usaha ini tak dipeduli
dan usaha kau acuh tak acuh

sehingga kau tersungkur
dari kau dijulang seantero negara
hingga kau dipijak rata leper setaraf bumi

kau pergi pada mereka yang dibawah
kau rasa nikmat berada dibawah
nikmat? sakitkah?
sehingga kau rasa seringgit itu sangat bernilai
sehingga kau rasa seringgit itu kalau boleh kongsi
kau beli makanan dan kongsi pada mereka yang ada di bawah

dan kau rasa dunia kau seakan gelap
dah tersungkur diinjak-injak gorila
kau masih mencari sinar.
kau masih letak pengharapan pada Dia

kau tahu kenapa Allah bagi ujian?
ujian untuk kenal erti redha
redha dan belajar erti melepaskan
dan kau belajar
rezeki itu Allah bagi dari arah yang tak disangka-sangka

Allah ingin ajar kau
 1 benda
bahawa tersungkurnya kau di bumi
masih ada Dia untuk pengharapan

Rezeki yang diberi adalah ujian buatmu
ujian untuk dirimu dipertanggungjawabkan

adakah kau bertukar menjadi org yang tak bersyukur?
adakah kau menjadi riak, bongkak dan takbur?

jadilah kau manusia yang namanya tidak dikenali di dunia
cukup sekadar rakyat kerajaan langit mengenalinmu
cukup sekadar malam-malam mu penuh dengan rintihan doa dan air mata
sujud pada Allah







Friday, 29 July 2016

Al-quran di bumi waqofan

assalamualaikum

Alhamdulillah masih syukur aku ke Allah
aku masih diberi kesempatan untuk ke bumi waqofan selepas 4 tahun
tidak menjejak kaki ke sini

tidak ku tahu
tarbiah masih sama atau tidak
semua bergantung pada batch itu sediri
kekuatan ukhuwah batch itu sendiri untuk
menaikkan nama kisas di atas
terasa seronok kerana setiap laluan ku ada yang memberi salam
sungguh itu antara benda yang paling aku rindui.
salam dan senyum di sekolah tanpa henti
sampai kau penat untuk mejawabnya

hurm,
masuk kelas 512,
seronoknya rasa masih sama
deretan Al-quran di atas meja setiap pelajar
masuk kelas 501
aku,hazira dan izzaty gelak
masih sama interaksi antara muslimin dan muslimat
hanya menulis di whiteboard
tidak bercakap, hanya ditulis atas kertas atau whiteboard
kitaorang gelak sebab semua tu telah kami lalui.

sekolah ini punya kekuatan sendiri
sekolah ini punya aura tersendiri
siapa kata sekolah ini tiada non-muslim
ada cina, dan india ya
cikgu cina dan india
dan sungguh baik.
masih aku ingat ada yang menghadiahkan Al-quran pada
cikgu non-muslim sebab dpt A
punya dia nak cikgu tu peluk agama islam.
tapi hidayah itu milik Allah.

paling seronok jumpa cikgu
cikgu, kami merindui cikgu
hubungan dengan cikgu sangat baik
kami ingat kat kisas sekejap.
balik lewat ok sebab cikgu borak dengan
 kami seaakan tidak mahu berhenti
cikgu layan kami dengan baik sekali
walaupun dia sedang ada kerja

jagalah tarbiah bumi ini
sebab sesungguhnya
bumi ini bukan terletak bertapa pandainya pemikiranmu
bumi ini terletak pada keberkatan dan keredhaan.
andai resultmu tidak mencapai apa yang kamu inginkan
check balik hubungan kamu terhadap agamamu
mungkin tak nampak
bila dah keluar meninggalkan jejak baru tahu
rahsia sekolah ini.



Thursday, 28 July 2016

surah yusuf

assalamualaikum

aku suka surah waqiah sejak kecil lagi.
dan
seterusnya aku suka dengan surah yusuf
hati aku akan rasa tenang
kalau aku sedih
aku akan baca surah yusuf
kerana bagi aku
alunan surah yusuf itu menenangkan
walaupun aku tidak faham maksudnya
tapi aku suka surah yusuf.

andai diberi peluang
aku teringin nak jumpa nabi muhammad dan nabi yusuf
amin


Monday, 25 July 2016

Bumi KI

sedang ramai sibuk beraya ke rumah sahabat-sahabat
sedang ramai berkumpul, dan konvoi raya rumah ke rumah

pasti ada yang akan singgah ke bumi ini
ingin dikutip kenangan bersama
ingin melawat murabbi tercinta
ingin mencari semangat jihad yang bersisa
ingin mencari erti islam itu semua

sedang dunia terus hanyut dengan hidonism dan sekularism
maka sama
aku juga manusia yang pelupa akan wadah islam
aku juga terkadang membiarkan diri ku terus hanyut
kerana
dunia ni kejam.
kejam dan rakus mengheret aku terus melangkah pergi
meninggalkan segala amalan yang telah aku lakukan dalam bumi KI
masihkah anda laksanakan amalan-amalan KI?

dasyat laa kehidupan di situ
"tapi itu semua tidak penting, yang penting lihat hasilnya selepas keluar"
kerana kau bukan picisan
kau bukan serpihan
kau adalah pipit yang hendak menjadi helang.

kepada alkis, junior dan mereka yang bercita-cita
ingin melangkah ke bumi ini
hargailah apa yang ada dibumi ini.
tenyata andai ulama tahu kamu mempersiakan peluang yang ada
dia pasti sedih.
i think there is up to 6 unique things right?
yeah,
jagalah bumi waqofan ini.
kerana aku jumpa islam yang sebenarnya hanya di sini.
keluar sahaja pagar KI,
itulah dunia sebenar.

Feeling of you

kalau ikut rasa yang bertanda , memang ada je manusia dan beberapa perkara yang lama dah nak digenggam erat dan dipeluk rapat.

tapi Tuhan tidak mengizinkan. Dan kebanyakan perkara, Dia belum tunjuk untuk ditermah tafsir dengan bukti depan mata. So, doa dan usaha selagi badan dikandung badan.

thanks kepada yang sudi menulis kata-kata seindah ini buat diriku.

terkadang kita rasa sedih.
sedih yang entah kenapa hadir dalam diri.
tak tahu untuk diluah pada siapa
sedang terkdang punya manusia untuk mendengar tapi jauh di sudut hati
sepanjang mana pun aku terangkan
dia tak akan rasa sama dengan apa yang diri ini rasa.

andai tidak bahu untuk bersandar,
masih ada lantai untuk disujud.