masih adakah lagi insan yang mengingatinya
masih adakah lagi insan yang memikirkannya
duhai sang hati,
adakah lagi cebisan namaku?
adakah lagi cebisan doa buatku?
adakah lagi cebisan al-fatihah buatku?
duhai Allah,
ampunkanlah dosa ummatku.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------
ingin aku tanya sesekali kepada manusia tapi aku tidak tahu namanya,
ingin aku tanya pada mereka
apa erti malu?
ingin aku tanya mengertikah kamu malu?
malu itu apa ?
malu pada dulu bagaimana tafsirannya?
malu pada masa kini?
ahh persetankan saja.
mungkin dulu malunya tafsirannya lain
malu pada masa kini tafsiran bergini.
dulu
malunya lelaki itu tahu namaku,
malunya aku lupa untuk bangun malam tadi
malunya aku lupa untuk puasa isnin dan khamis
malunya aku tiada buku untuk dibaca.
malunya aku tak tahu baca jawi
kini
malunya aku tiada kawan lelaki
malunya aku lupa nak sambut birthday kawan aku malam tadi
malunya aku dapat score full marks paper yang lepas
malunya aku tiada handphone,tabs
malunya aku tak tahu english
mana ertinya kamu ummat nabi Muhammad
---------------------------------------------------------------------------------------------
mana yang kita aula kan?
mana yangkita fikirkan?
apa sebenarnya yang menghantui kamu duhai manusia.
masih adakah erti malu?
"malu rasanya mengatakan cinta kepada dia kekasih ?
Allah atau hati.(sang ajnabi)
tanyalah dirimu semula.
semoga anda tahu hari ini hari apa,
jika tidak tahu,
malulah anda sebagai muslim,
tiada baris kata ingin aku tulis,
tiada madah pujangga ingin aku nukilkan
buat sahabatku, teman seperjuanganku di kolej kg, jawa satu ketika dulu.
manisnya persahabatan denganmu,
nukilan ini hanya untukmu sahabat yang selalu menasihatiku
satu ketika dahulu.
aku tidak sehebat engkau.
masih aku ingat kata-katamu
andai kawanmu berkawan dengan lelaki, jangan salahkan dia,
salahkan diri kita kerana kita lupa untuk berikannya kasih sayang seorang kawan kepadanya.
sungguh, tarbiah itu seindah awan nan menbiru.
semoga hari-hari mendatang menjadikan kau seorang perempuan sehebat
khaulah al- azwar.
kerana kau jugak pemimbing generasi akan datang.
selamat membaca tazkirahku buatmu.
salam maulidurrasul dan selamat hari lahir.
0 comments:
Post a Comment