Thursday, 22 January 2015

Hanya Mampu

assalamualaikum.
"wei,kau adalah masalah ke? tapi aku tengok kau bahagia je. macam tak ada masalah"
hahahaha hanya mampu itu yang membuatkan orang bahagia. berkocak dan geloranya jiwa, menangis dalam syahdunya hati. meraung kuat gegak gempita, tiup kencang angin menderu.
hanya mampu itu aku ketawa. kerana aku nak korang tahu bahawa aku suka bila korang happy.
"kau nak tahu tak Faizah, terkadang orang yang selalu happy tulah yang banyak menangis, dia nangis dalam diam" dalam hujan, dalam keadaan orang tak ada. dalam bilik air. sebab apa tau Faizah, sebab dia jugak ada masalah cuma dia suka ketawa. biar dunia juga ketawa bersama dengannya. hahah ni kawan aku cakap dekat aku.
menangislah andai kau masih lagi ada air mata untuk mengalir kerana sampai satu saat kau dah tak kisah.itu parah sebab pada tahap tu kau tak kisah la dengan dunia. biarkan dunia terus berputar dan kau masih di sini.
tapi kau kena ingat " allah is here"

Monday, 19 January 2015

Today

assalamualaikum.
dalam kesamaraan aku masih terkapai-kapai mencari sinar kebahagiaan. aku happy setelah sekian lamanya with this date tak pernah ada dekat rumah, tapi hari ini aku ada dekat rumah. selalunya mesti dekat hostel. pagi-pagi orang tanya aku buat apa hari ini? hurm, aku buat buku khas untuk my future husband and anak-anak umi yang soleh dan solehah amin. so, to my future husband, the book is all about taking care for our children soon. we have to teach them together with the rules of islam. Amin. Our children is our pearls sweetheart. i hope i become a good wife,  beautiful mums, and the most important things "bidadari syurga" .

Friday, 16 January 2015

soalan

aku happy. walau seketika berjumpa tapi aku happy. meluangkan masa bersama. tapi aku nak share soalan dia. "kau masuk universiti ni, aku nak tanya kau, berapa ramai budak U yang masuk U dengan status single and no couple?" memang single. dia tak couple. aku terdiam .. tergamam. peh sentap.sebab aku masih berfikir. mostly dah berpunya. tak berpunya pun masuk U terus couple. hmm mungkin aku nak cakap boleh dibilang dengan jari la kot. sebab budak yang baik aku tanya pun ada , kat kampung tengah tunggu masuk meminang. hahahaha ok. see, zaman sekarang couple is normal. cabaran untuk orang yang single and available ni sangat tinggi sebab iman senipis kulit bawang. bila-bila masa sahaja boleh hanyut. terkadang sampai menangis sebab tak mampu da dengan ujian yang Allah bagi. "kau pikir nak masuk syurga tu senang?" fikir-fikir. sebab syurga itu indah kita kena berjuang. permainan dunia ni hanya ilusi. dan kita tak boleh judge orang sesuka hati kita sahaja. sebab kita tak tahu hubungan dia dengan Allah macam mana. siapa kita untuk menghukum. kita hanya sekadar hamba yang hina.

sayang

aku takut untuk melafazkan sayang kerana aku juga punya perasaan . bila aku kata aku sayang. ia sangat teristimewa dalam hidupku. aku takut melafazkan sayang sebab aku takut akan kehilangannya. bila hilang, aku akan menangis semahu-mahunya tanpa dia mengetahui. kerana apa? kerana sayang, cukup sahaja dengan pandangan, hati terus mendamaikan. tak perlu tegur kerana aku doakan kau dari jauh. aku dah pernah rasa akan kehilangan org boleh la dulu aku lable aku sayangkan dia. but now we talk like stranger.  it is deep. moga kau bahagia di sana. beruntunglah sebenarnya bila aku lable sayang sebab limeted edition ok. bukan semua tapi hanya beberapa orang. walaupun aku tahu bukan semua orang yang aku sayang tu, sayang aku balik. mungkin anggap aku biasa-biasa je. mungkin tak pandang aku langsung pun. tapi ku ucapkan thanks sebab berjaya buat hatiku hidup semula. mungkin kau tak sedar, words by words kau menghidupkan hatiku yang mungkin semakin mati tatkala aku sedang mencari kekuatan hidup. mungkin diary ku menjadi saksi kata-kata kau amat bermakna. perjalanan masih perlu diteruskan. semoga perkenalan kita terus berpanjangan hingga ke syurga. capailah impian mu walau kaki masih terapung-apung. ubah strategi bukan ubah impianmu. aku yakin, satu masa nanti kau akan dapat apa yang kau impikan. amin dengan izin allah.

Sunday, 11 January 2015

ukhuwah mantap

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh,
        Aku nukilkan warkah semangat ini, khusus buat tatapan mata, minda dan rohani, khusus buat kesemua 27 rakan seperjuanganku, yang aku kira sama-sama berjuang bermati-matian bersamaku, dalam menuntut kejayaan yang seharusnya kita genggam, walaupun laluannya dipenuhi ranjau onak berliku yang dipenuhi dengan kata-kata nista, yang dipenuhi dengan kata-kata pelemah jiwa, yang dipenuhi dengan kemalasan yang saban hari merantai diri, yang dipenuhi dengan keletihan yang senantiasa meragut kekuatan jasmani kita, maka berpandukan asbab inilah, yang memaksa jari-jariku ini menari ligat di atas papan kekunci meskipun aku juga lemah sebagaimana kamu, wahai teman-teman seperjuanganku.
Wahai teman-teman seperjuanganku,
        Sepanjang warkah ini dinukil, sebuah buku kehidupan telah kita karang bersama. Buku kehidupan yang merupakan hasil garapan kita itu, mengandungi semua kisah kita, di mana ada pada kisah itu kisah suka, dan semestinya juga ada kisah duka, dan hakikatnya kita semua menghadapinya bersama-sama. Maka aku berharap, kita semua bisa memenuhi baki-baki muka surat buku kehidupan kita bersama itu dengan, kisah-kisah yang menarik, yang mempunyai jalan cerita yang menarik, yang mempunyai pengakhiran yang baik, dan yang paling penting, watak kita semua berjaya mengakhiri kisah hidup kita dengan kesudahan yang gembira.
        Aku tahu, kita semua dari latar belakang yang sangat berbeza. Mana mungkin kita sama warna kerna sudah semestinya kita diwarnakan oleh berus yang berbeza, namun hakikatnya wahai teman-teman seperjuanganku, kita adalah satu. Maka, perlukah kita yang berasal dari usul yang sama, sama-sama bertegang urat saban hari, sedangkan begitu banyak madu yang boleh kita kumpul, andai kita sama-sama bergembleng minda berpadu tenaga, kerna semestinya, ia memberi kebaikan untuk kita semua.
Wahai teman-teman seperjuanganku,
        Aku sedar, walaupun ia agak lambat, bahawa kita harus berjuang mengerah seluruh tenaga bagi mencapai hadaf kita, di mana kita menginginkan 11A+ untuk SPM kita, maka tidak dapat aku nafikan, ia memang satu perkara yang tersangat payahnya, namun aku kira berbaloi kepayahan, kesusahan, kesengsaraan yang sekejap itu, jika hendak dibandingkan dengan kesenangan yang bakal mewarnai kesemua helaian kehidupan kita dengan warna-warna ceria, mungkin juga sampai kehelaian yang terakhir. Adakah tidak pernah tertiup ke dalam jiwa kita, semangat inginkan kejayaan itu?
       
Benar sahabat, begitu banyak duri yang dicucukkan ke dalam hati kita, namun andai tidak dicucukkan duri itu, mana bisa kita mengenal erti kesakitan, kerna barangsiapa yang tidak mengenal kesakitan jerih payah kehidupan, maka dia tidak bisa memiliki kalungan kebahagiaan kehidupan yang kekal abadi. Jika kita tidak bisa memandang kesembuhan yang terhasil daripada pahitnya ubat, maka belajarlah untuk menilai kesemua kebaikan yang terselindung di sebalik kesemua ujian yang telah Tuhan titipkan dalam laluan kehidupan kita. Bukankah Tuhan menjanjikan, bahawa setiap perkara pasti ada hikmahnya? Maka belajarlah untuk mencari hikmah itu, jangan dinilai sesuatu itu berdasarkan apa yang kita lihat, kerna tidak semestinya mata kasar kita itu memandang perkara yang benar.
Wahai teman-teman seperjuanganku,
        Tidak perlu aku berkalam bermadah panjang, kerna aku tahu kamu semua telah sedar dek perjalanan masa yang semakin pantas, namun aku berharap, agar senantiasalah bersemangat tinggi dalam hidup. Kerna hanya semangatlah yang bisa menjadikan kita kuat daripada kebiasaan, yang bisa menjadikan kita tabah dan sabar menghadapi ujian hidup, yang bisa menguatkan kita tika kita berasa lemah dan yang bisa merajinkan kita saat kita kemalasan tidak putus mengunjungi kita. Semangat, semangat, semangat! Andai padam api semangat itu, maka cucurkanlah ia dengan minyak, agar semangat itu senantiasa menyala dan tidak pernah padam walaupun disiram dengan air dan ditiup oleh angin.
        Akhir kalam, aku berharap agar Tuhan menjadikan kejayaan itu berada di pihak kita, maka jangan kita semua lupa untuk tiap hari memanjatkan doa kepada-Nya disamping berusaha bermati-matian untuk berjaya. Aku yakin, dan aku tidak berangan palsu, bahawa kita semua bisa menjulang nama kelas 512 2012 ini dengan kejayaan 100% 11A+ SPM nanti.



Thursday, 8 January 2015

belati tajam

assalamualaikum.
saya nak kongsi sesuatu yang terindah sempena masuk umur 20 tahun ini. hurm, sedih la jugak. bila orang tanya umur berapa? 20 tahun. umurku dah masuk puluh2. hurm, welcome 2015. berkaitan dengan tajuk yang ingin saya kupas hari ini. belati. hurm, apa tu? yeah. 
pakwe ibarat belati tajam. belati tajam yang bisa menghunus atau sebaliknya. aku suka topic ni. sebab dah masuk 20tahun. dulu, bila sebut je pasal ni, cinta monyet. tah pape tah.. memang kena marahla. tapi masuk 2015, aku dapat ayat ni. 
sebenarnya, pilihan di tangan kita, sekiranya kita salah gunakan belati tersebut, kita bakal terbunuh di medan perang. ada jugak yang bijak, mereka guna belati tersebut sebaiknya. menjadikan turning point dalam hidup mereka untuk bangkit dari rebah. pilihan semua di tangan kita. cuma satu yang ingin saya tekankan. ramai yang hanyut dalam percintaan mereka. perasaan cinta itu lumrah, tapi bila kita in love, syaitan akan terus menghasut kita. tak ramai yang dapat bertahan. akhirnya mereka terbunuh di medan tersebut. kalau aku nak cakap "jangan couple" nanti korang cakap "eee ape la tak fun la hidup" dah ada perasaankan. lama-lama stress dalam bilik. tipu aku ulang tipu andai kau tak pernah ada perasaan jatuh cinta akan indahnya seorang insan ciptaan Allah. maka berdoalah kepada allah agar kau kuat menghadapinya. mana tahu tiba-tiba dia bagi cincin dekat kau. jadi, kepada sesiapa yang dah berpunya tu, tolonglah jangan hanyut. ada kawanku dia sampai buat nazar nikah. maknanya apa? selagi tak sempurna tugasan tu,selagi itu dia tidak akan bernikah dengan lelaki itu. ni memang sangat menghargai belati tajam. pilihan di tangan kita.